CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKPB: Majikan Disaran Buat Sistem Penjadualan Kerja Di Rumah Dan Pejabat

4-5-2020 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3354| Komen: 13

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), majikan disaran mengekalkan sistem pembahagian pekerja  di rumah dan pejabat.

Memetik AWANI, perkara itu diusulkan Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif GigxGlobal, Shareen Shariza Datuk Abdul Ghani.



Kredit foto: AWANI/hrasiamedia.com

Langkah itu disarankan bagi mengelak orang ramai berkumpul di suatu tempat, khususnya di pejabat.

"Bagi menjalankan tugas itu, adalah lebih baik semua pihak mengutamakan unit yang penting dan dibenarkan bekerja di pejabat manakala yang kurang penting boleh teruskan untuk bekerja di rumah buat masa ini.

"Dengan cara itu, kita boleh cipta satu kombinasi yang tersusun, sekali gus mampu menjalankan tanggungjawab tanpa berlaku bentuk himpunan di sesuatu tempat," katanya.

Katanya, kebanyakan syarikat ada garis panduan tertentu untuk melakukan kaedah berkenaan tanpa menjejaskan produktiviti harian pekerja.



Kredit foto: motomalaya.net

"Sekarang ini kita hanya lakukan atau praktikkan sahaja kaedah ini dan syarikat boleh menyelaraskan operasi masing-masing dengan menggunakan sistem penjadualan tersusun," ujarnya.

Jelasnya, kaedah ini mampu meningkatkan produktiviti dan bagi memastikan tata cara kerja yang lancar, banyak aplikasi boleh dimanfaatkan selaras dengan norma baru. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote palmolive 4-5-2020 04:14 PM
elok  la buat waktu fleksibel...ikut rotation..bila dgr full operation pakat gelupur masing2
Quote intanazlynna 4-5-2020 04:25 PM
kami kerja seminggu 2 kali sahaja, Selasa off day - start kerja 1030pagi - 1630
Quote Tinot7 4-5-2020 05:43 PM
semoga dipermudahkan urusan
Quote lurve82 4-5-2020 05:46 PM
aku harap bila budak2 ni naik sem...lect dtg ikut jadual kelas dgn lab je..nak buat penjarakan tu yg payah sket sbb 1 kelas 30-40 org...xtau la camne dorg nk susun jadual nanti ni...
Quote ellez 4-5-2020 06:12 PM
Ahaa..mcm dept iols buat 2 team..separuh dtg ofis sepanjang minggu ni mon-fri..staf selebihnya wfh..
Next week rotate lah..sampailah mco tamat..kita kekalkan mcm ni..working hours 9-4..
Iols plak hari2..
Quote Artemesiaa 4-5-2020 06:17 PM
Banyak mereka yang terus berkerja dari mula fasa pertama sehingga kini dah mengamalkannya.  Bukan semua kena datang kerja setiap hari hanya datang ikut rotation dan dibahagi2 mengikut group tertentu supaya ada penjarakan social di pejabat.  Waktu tamat berkerja pun lebih awal dari biasa, bukan benda baru pun.  Mungkin yang belum ada jadual sebegitu boleh belajar dari mereka yang dah laluinya dulu.
Quote LadyCarefree 4-5-2020 06:58 PM
Masaklah staff KKM nanti
Quote syazwan92 4-5-2020 10:29 PM
Company iols bagi lagi staff work from home..sebab nak kurangkan risk.
Quote tipuware 4-5-2020 10:43 PM
So far, start 15hb, dept aku rotate sorang satu hari. Kitorang ada 7 org, so seminggu sekali aje la maksimum
Quote mawar_mustika 5-5-2020 10:12 AM
Artemesiaa replied at 4-5-2020 06:17 PM
Banyak mereka yang terus berkerja dari mula fasa pertama sehingga kini dah mengamalkannya.  Bukan se ...

ye btul...company i still beroperasi mcm biasa dr fasa 1 lg...bos dah susun jadual utk kami so setiap org keje 3 hr je seminggu..yg selebihnye wfh..mask & hand sanitizer pun company dh sediakan utk semua staff...keje pun kejap je...siapa dh habis keje dh blh blk..byk bisness tutup so kitorg kadang2 pukul 3 dh blh blk

Quote biozipstar 5-5-2020 11:24 AM
bos aku pun bagi kerja kt rumah sampai abes ramadan. aku ni, orang dah offer mmg aku accept terus! best wooo dok rumah
Quote RatuDunia94 5-5-2020 02:30 PM
Company iols kerja 9-3 ptg jah.. staff boss dh kurangkan kpd 50% (suruh cuti)
Quote Ingwer 5-5-2020 02:37 PM
Start mco 18/3 firm kami mmg non stop wfh. Stress mengalahkan office normal working hour pula. Sometimes at 9pm Masih whatsapp pasal keja.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.048451 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top