CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kutip Barang Terbuang, Keluarga Daif Tinggal Di Rumah Terbiar Dan Kotor

5-5-2020 11:12 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 13351| Komen: 84|Original author: Oleh: rikuren


Tak tercapai dek akal apa bila mengenangkan kisah keluarga ini yang tinggal di dalam sebuah rumah tinggal dan kotor.

Sukarelawan, Puan Natipah Abu berkongsi kisah keluarga yang dibantunya itu, baru-baru ini. 


Loading FB Post...

Menurutnya kes ini dipanjangkan kepadanya oleh jiran tetangga untuk bantuan mendapatkan rumah baru buat mereka sekeluarga yang terdiri daripada tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak.



Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu

Difahamkan, mereka tinggal di rumah teres terbiar tiga tingkat dengan keadaan yang serba-serbi kurang sempurna sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, ketua keluarga ini mencari pendapatan dengan menjual barang-barang lusuh.

Tingkat satu penuh dengan barang lusuh. 

Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu - Tingkat 1

Tingkat dua pula merupakan kediaman mereka, di situlah mereka makan dan tidur. 


Kredit foto:  Facebook Puan Natipah Abu - Tingkat 2, Ruang tamu

Tingkat tiga, jalan naik ke atas dihalang dengan barang buangan. Maka, kita tidak dapat melihat apa yang ada di tingkat tiga.

Menurut Puan Natipah yang mesra dipanggil Kak Pah, ketua keluarga mempunyai dua isteri, di mana isteri muda sedang hamil tujuh bulan anak kedua.


Kredit foto:  Facebook Puan Natipah Abu - Bilik Isteri Muda

Dua kanak-kanak yang tinggal bersama ialah anak daripada isteri pertama dan kedua, masing-masing berusia sembilan tahun dan dua tahun.


Kredit foto:  Facebook Puan Natipah Abu

Hasil semakan rekod mendapati isteri muda ada tunggakan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menurut Kak Pah, beliau pernah belajar sehingga semester tiga di sebuah politeknik, namun terkandas di pertengahan jalan kerana cinta.  Bukan calang-calang orang rupanya dia. 

Proses perpindahan ke rumah baru, rumah flat PPRT ini dibuat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).


Kredit foto:  Facebook Puan Natipah Abu

Kredit foto:  Facebook Puan Natipah Abu

Pihak JKM, LZNK bahkan penduduk di kejiranan baru telah memberikan kaunseling kepada mereka agar berubah dan memulakan hidup baru demi anak-anak yang masih kecil.

Pada akhir perkongsian, Kak Pah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semua penyumbang yang terbabit merealisasikan  perpindahan ini.

Namun, tinjauan mendapati, hantaran asal mengenai proses perpindahan ini telah dipadamkan.

Apapun, diharapkan segala urusan keluarga ini dipermudahkan. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shysari 5-5-2020 11:15 AM
Tak tau nak kata apa..kat rumah tu ada kanak2 isteri dua n mengandung
Quote naina 5-5-2020 11:22 AM
nauzubillahiminzalik.
sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman
Quote sarah82 5-5-2020 11:28 AM
2 org isteri ?2 org isteriiii??? Jadahnya miskin nak mampos tapi gatai nak berpoligami? Dasar lelaki hamjad.. Kurus pahala posa aku hari ni
Quote miszclassique 5-5-2020 11:29 AM
Makin kebawah makin sakit hati pula baca...bulan pose ni nak kurangkan mencarut
Quote bellaamsar 5-5-2020 11:45 AM
Kalau baca komen cousin dia kat fb, laki ni dgn first wife dia penagih. Dgn 1st wife ada 3 org anak tp 2 org family laki dgn bini dia jaga
Quote Tinot7 5-5-2020 11:51 AM
Penagih rupanya.. dah ok ke belum?
Quote epuepy 5-5-2020 12:20 PM
hadoi.. baca sambil mulut laju je nk carut. dh tau susah, nk jugak  kawin smpi dua!  pakej penagih laki bini. adoooi
Quote epal21 5-5-2020 12:34 PM
Rasanya penagih aje yg sanggup diduk dlm conditiin macam tu. Akak yg duduk dlm pondok kat hutan kat kedah tu pondoknya kemas,pinggan mangkuk tersusun elok.
Quote Megikari 5-5-2020 12:49 PM
Homaigad... Tengok dia punya hitam kat water dispenser tu terus rasa geli tekak i. Dengan tilam kepam macam tak pernah basuh cadar, dinding hitam comot

Ni bukan daif ni, ni pemalas namanya
Quote PEPPERMAN 5-5-2020 01:00 PM
UEL kena datang memberikan magic nya pada family ni.
Bukan kecik punya problem ni, kena beri sentuhan hati dan minda
Quote RatuDunia94 5-5-2020 01:11 PM
PEMALAS + PENGOTOR LEBIH HINA DARI MISKIN
Quote misuke 5-5-2020 01:22 PM
keje ngongkek je ke sampai x sempat nk kemas rumah.. bini tu pun nk kata bodoh, belajar tinggi jugak

apa la perasaan mak ayah dia tgk anak hidup gini
Quote dubuk 5-5-2020 01:24 PM
kena pasang tikar getah ? pasang lah mozek
Quote leylapple 5-5-2020 01:43 PM
hmmm...1 family penagih nie... hanya org2 tak waras jer blh hidup dalam sampah
Quote matchstick 5-5-2020 01:53 PM
Nasi beriani ke tu..penuh seperiuk

Aku kesian dkt anak2 tu je..yg org dewasa tu xingin aku nk menolong. Patut jkm ambik budak2 tu buh kt rumah anak yatim. Yg dewasa tu mandulkan lps tu ikut diorg la nk hidup mcm mana lps tu
Quote nefnefnef 5-5-2020 02:20 PM
"Menurut Kak Pah, beliau pernah belajar sehingga semester tiga di sebuah politeknik, namun terkandas di pertengahan jalan kerana cinta.  Bukan calang-calang orang rupanya dia."

Bukan terkandas sebab benda sepaling asas mcm basic hygiene pun fail? Mana satu makanan mana satu sampah pun dah tak bleh beza. Aiyoo...
Quote kay781 5-5-2020 03:05 PM
Luahan perasaan isteri kedua.
Sampai saat ni I kenot brain macam mana perempuan ni sanggup jadi isteri kedua. Hidup dalam keadaan macam tu. Langsung tak kesian diri sendiri. Tak minta bantuan sesiapa. Tak selidik betul-betul ke sebelum kahwin tu

FB_IMG_1588593115532.jpg
Quote MsKathryn 5-5-2020 03:16 PM
Masa bercinta dh tau husband dia penagih ke? Kerana cinta sanggup rosakkn diri sendiri...
Quote iminidin 5-5-2020 03:17 PM
Kesian kau dik.. Elok2 belajar politeknik.. Kalau sabar, dua sem saja lagi nak abeh. Setahun je lg.. Satu sem lg praktikal ja..

Mesti mak pak ko bg didikan elok dah kat kau dik.. Apsal la ko pilih jadik bini nombor dua.. Pengutip brgn terpakai lak tu..

Apakah kau dah kena pukau dik?
Dah ngandung anak kedua pon.
Tak guna aku ratib kat sini....

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051245 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top