CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Mahathir Malu Orang Melayu Bersangka Buruk Terhadap DAP

13-5-2020 10:16 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 11045| Komen: 101|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Kredit foto: KTemoc Konsiders

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat malu dengan sikap orang Melayu yang percaya DAP akan menghancurkan mereka jika parti itu berada dalam kerajaan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, rupa-rupanya ada orang Melayu yang takut dengan DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang memberi mandat kepada mereka.

"DAP tidak mungkin hancur Melayu, tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin," katanya melalui kenyataan dalam laman Facebook miliknya.

Beliau turut menuduh UMNO memomokkan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka takut kepada DAP.



Gambar hiasan. Kredit foto: Media Presiden PAS

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir mengimbau kembali keberanian orang Melayu melawan British, kuasa-kuasa besar, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

Namun sekarang, kata beliau orang Melayu takut kepada DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

"Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng," jelasnya.

Dr Mahathir turut menyindir pemuda-pemuda Melayu yang menyokong dan mencari perlindungan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menyifatkan mereka sebagai bacul.

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, sebaik-baiknya pemimpin-pemimpin politik Melayu berdamai dan mencari jalan untuk menyatupadukan semula orang Melayu. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 13-5-2020 10:21 AM
Chedet tk masuk forum Cari ke? Ramai claim diri melayu n sokong DAP
Quote primarikey 13-5-2020 10:26 AM
Sori la..aku dh naik menyampah ngn atok ni skrg...xleh nk bhusnuzon lg dah
Quote sarah82 13-5-2020 10:36 AM
Menguappppp...
Quote monsterwife 13-5-2020 10:40 AM
Bukan takut tun
Tapi sayangkan negara...ini negara tanah melayu
Milik melayu
Quote ziara 13-5-2020 10:44 AM
Bukan takut Tun. Tapi benci meluat dan yg seumpamanya. Bahasa Mudah, tak hingin.

Tun cukup2 la campur tgn politik negara. Kucar-Kacir politik 1 negara. Itu hari Tun sendiri letak jawatan. Dah2 lah tu
Quote anakkerengga 13-5-2020 10:46 AM
Tun pun bukan melayu... leluhur pun sama dgn rohingya... apa pendapat siti nurhaliza?...
Quote domestobot 13-5-2020 10:51 AM
haa biarkan dia malu sorang2. kalau kita layankan jahanam lagi Malaysia nanti. dah la dia takkan mati.
Quote husna_amal 13-5-2020 10:53 AM
Biasa dah melayu je yang disalahkan.
Quote highcastle 13-5-2020 11:09 AM
Penatlah orang tua.. Hang imbas balik lah video hang citer pasal DAP dulu...... Tak kenyang lagi ke tok dalam politik, henti sebelum kenyang tok...........
Quote batu kikir 13-5-2020 11:11 AM
Buku “Malay Dilemma” itu karangan siapa ya?
Quote Simunggu 13-5-2020 11:11 AM
saya hormat Tun...tapi DAP tatap haramjadah
Quote kucing_gebu 13-5-2020 11:13 AM
orang tua ni semua melayu xbetul...dari dulu sampai sekarang
Quote siq 13-5-2020 11:18 AM
memang keje dia dari dulu lagi kutuk melayu je la kan

oo ye, dia bukannya melayu pun..........
Quote xmatrempit 13-5-2020 11:23 AM
Tun nak pancing dap la tuh.. sebab tu buat statement mcm tu.. kan nak buat undi kat parlimen nanti..
Quote meow_tompok 13-5-2020 11:25 AM
baik tun fikir nasib anak sendiri si mukhriz tu
Quote ekmal_sorrow 13-5-2020 11:27 AM
cer tepek sini artikel dia dulu pasal DAP
Quote hatikudus 13-5-2020 11:29 AM
Tak perlu dimomokkan oleh sesiapapun, rakyat dah tengok sendiri lagak dap dpt kuasa.
Sila meninggal aje la
Quote taikor 13-5-2020 11:40 AM
Betul lah ape yg Tun cakap. Kenape nak benci DAP? Alasan2 utk benci DAP terang2 remeh dan tidak jujur. Saja2 bak benci2 tu kenape? Bukannya DAP nak rosakkan Malaysia. Bukannya DAP boleh buat keputusan dlm kerajaan. Selama ni PH memerintah, Bersatu yg berkuasa dan buat keputusan. Yg paling kuat bekerja DAP dan Amanah. Si Kitol dan geng2 Bersatu yg lain berpolitik.

Be fair to DAP dan LGE.

Kebencian yg tidak berasas ini akan memakan diri
Quote salimrock 13-5-2020 11:53 AM
cakp tak serupa bikin ar, dulu tahun 90an ko yg buat BTN kan? sebarkan dakyah politik agar jgn jatuh pada pembangkang, sebab nanti jd cm singapore,

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.296482 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top