CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino Tak Kisah Saudara Dekat Nak Beraya Di Rumah, Tapi Kena Ikut SOP!

22-5-2020 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8601| Komen: 43

Walaupun Syawal tahun ini tidak dapat berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan peminat seperti tahun sudah, Aiman Tino tidak menghalang jika ada saudara-maranya yang tinggal berdekatan mahu berkunjung.



Kredit foto: IG Aiman Tino

"Semua dah boleh bayangkan raya tahun ini sangat berbeza dan berlainan, kita akan duduk rumah sahaja tak boleh nak kemana-mana.

"Ada saudara-mara yang tinggal berdekatan sahaja. Kalau mereka nak datang rumah boleh, tapi haruslah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, antaranya maksimum 20 orang dalam satu masa.

"Tidak apalah jika tahun ini kita berkorban kemeriahan raya demi keselamatan dan kesihatan semua orang. InsyaAllah, kita doakan semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Aiman mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada keluarga dan peminatnya.

"Saya juga nak ucapkan selamat hari raya kepada semua peminat, keluarga dan saudara-mara yang tak dapat bertemu Aidilfitri ini. Saya minta maaf jika ada salah silap dan selamat hari raya, ya!" ujarnya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kenabertaubat 22-5-2020 11:30 AM
Orang dewasa mungkin boleh lagi ikut SOP (Tu pun kalau ikut la). Tapi kanak-kanak? Boleh ke diorang nak ikut SOP? Karang jumpa sedara mara dok cium tangan lah, peluk-peluk lah, main,makan pakai pinggan dan sudu yang sama, minum gelas yang sama.. Aiyoooo{:yameteh
Quote Kurex 22-5-2020 11:30 AM
Comelnya dekno ni..
Semoga dapat beraya bersama di puncak bukit broga sambil menikmati ufuk barat

Btw, iols tak risau pasal sedara sebab memang dorang takkan datang. Yg iols risau makcik2 flat datang bertandang...
Quote cmf_premierleag 22-5-2020 11:37 AM
dulu ada iklan petronas
Aiman Tak Kisah ...femes jap dialog tu masa zaman tu
Quote Themilo 22-5-2020 12:07 PM
Kurex replied at 22-5-2020 03:30 AM
Comelnya dekno ni..
Semoga dapat beraya bersama di puncak bukit broga sambil menikmati ufuk barat
...

nak beraya dengan deqman kat dalam bilik.. ada misai-misai manja.. ouchhh..
Quote Lailerthee 22-5-2020 12:11 PM
Ikut sop? Tergelak kecil saya di situ
Quote kuzaime 22-5-2020 12:13 PM
Ehh bukan ke limit sehari 20 orang aje, bukan satu2 masa 20 orang?? termasuk jumlah isi rumah sekali
Quote Kurex 22-5-2020 12:19 PM
Themilo replied at 22-5-2020 12:07 PM
nak beraya dengan deqman kat dalam bilik.. ada misai-misai manja.. ouchhh..

Dah la ada 6pax kan nok
Quote gaokopi 22-5-2020 12:20 PM
Kenabertaubat replied at 22-5-2020 11:30 AM
Orang dewasa mungkin boleh lagi ikut SOP (Tu pun kalau ikut la). Tapi kanak-kanak? Boleh ke diorang  ...

anak kita tu pepandai lah kita jaga sendiri. Kalau dia lasak sangat tinggal je dkt rumah. Lagipun budak budak bahaya risiko lg tinggi kalau terkena virus covid19
Quote GegarVaganja 22-5-2020 12:21 PM
Kurex replied at 22-5-2020 12:19 PM
Dah la ada 6pax kan nok

Heh. Forummer perlukan bahan bukti.
Letak kat sini!




Quote Kurex 22-5-2020 12:23 PM
GegarVaganja replied at 22-5-2020 12:21 PM
Heh. Forummer perlukan bahan bukti.
Letak kat sini!

Tengok saja di p*rnhub, situ ada.. tajuk dia aiman tino
Quote gaokopi 22-5-2020 12:23 PM
Lailerthee replied at 22-5-2020 12:11 PM
Ikut sop? Tergelak kecil saya di situ

kita sendiri yang boleh tentukan sama ada PKP ni nak sambung lg ke tak. Kalau rasa tak boleh ikut SOP duk rumah diam diam jgn ngada nak balik kampung bagai. Cukup lah frontliners kita sengsara sbb virus ni. Ada yang tak rehat kerja siang malam. Iklan raya TM tahun ni pun lain tau sedih gila sbb dia tunjuk pengorbanan and jasa frontliners negara kita https://youtu.be/xeR997_I1xk
Quote gaokopi 22-5-2020 12:25 PM
cmf_premierleag replied at 22-5-2020 11:37 AM
dulu ada iklan petronas
Aiman Tak Kisah ...femes jap dialog tu masa zaman tu

iklan raya sebelum ni and tahun ni beza sangat wei. Yelah takda meriah mcm dulu. Tahun ni banyak yang sedih and deep. Tp syawal tetap bermakna walaupun kita semua berjauhan hmm...
Quote carriefire 22-5-2020 12:31 PM
gaokopi replied at 22-5-2020 12:23 PM
kita sendiri yang boleh tentukan sama ada PKP ni nak sambung lg ke tak. Kalau rasa tak boleh ikut  ...

salute gila wei iklan raya tahun ni. Takda dah muka retis byr ribu ribu buat apa en. Cukup tunjuk barisan hadapan kita yg berjuang utk negara... Mmg respect gila ah
Quote carriefire 22-5-2020 12:33 PM
gaokopi replied at 22-5-2020 12:25 PM
iklan raya sebelum ni and tahun ni beza sangat wei. Yelah takda meriah mcm dulu. Tahun ni banyak y ...

bg aku tahun ni punya paling deep and bermakna. Yelah walaupun raya kita sederhana sikit tahun ni tapi still kita kena bersyukur sbb masih diberi mcm mcm nikmat dari Allah
Quote Kenabertaubat 22-5-2020 12:34 PM
Edited by Kenabertaubat at 22-5-2020 12:36 PM
gaokopi replied at 22-5-2020 12:20 PM
anak kita tu pepandai lah kita jaga sendiri. Kalau dia lasak sangat tinggal je dkt rumah. Lagipun  ...


Bukan tinggal anak dekat rumah sis. Satu keluarga beraya dekat rumah masing-masing je senang. I cakap berdasarkan situasi family aiman tino tu. Adik beradik dia kan ramai. Yang masih kecil pun ada. lagipun kalau tak salah mak dia baru melahirkan baby. So, ia masih risiko untuk family dia terima tetamu. Jangan ada kluster raya sudah la lepas ni
Quote slyfynx 22-5-2020 12:36 PM
Ada saudara-mara yang tinggal berdekatan sahaja. Kalau mereka nak datang rumah boleh, tapi haruslah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, antaranya maksimum 20 orang dalam satu masa.


Chop, correct me if I'm wrong, SOP die 20 orang satu masa or 20 orang sehari?
Quote adeqbun 22-5-2020 12:37 PM
Xyah la mikir hal ziarah2 tu...nak beraya sakn berkuih daya danketupat lantak korg la...tp duk rumah masing2..melaram la sakan ..ootd la 100 keping pon...tp xyah ziarsh2..lg sonok laa byk mase raya ni utk diri sndri..kalau x tiap2 thn x smpt beraya utk diri sndri..asik berkecah kat dapor...ai sgt bersyukur ngan raya thn ni
Quote Melur1 22-5-2020 01:59 PM
skrg diorg dah berapa adik beradik? iolls can't keep up with the tinos ni
Quote mixed 22-5-2020 02:37 PM
ayoo eman bg org dtg beraya rmh
kan ko ada adik kecik br lahir

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047628 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top