"Ia tampak seperti kita hampir boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini, mungkin kita hanya perlukan sedikit masa saja lagi." Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian Covid-19 hari ini menaruh harapan Malaysia bakal bebas dari belenggu wabak Covid-19. Menurut Berita Harian, beliau berkata sedemikian selepas menyaksikan penurunan jumlah kes positif selain tiada kematian direkodkan selama lapan hari berturut-turut. "Menerusi saringan yang kita jalankan juga mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif atau hampir 95 peratus ketika ini, manakala positif adalah tidak ramai berbanding dulu," katanya. - CARI |
famri7 replied at 30-5-2020 07:21 PM
Tak kisah lah apa oun aslakan bulih tubik kelate.
Far replied at 30-5-2020 07:25 PM
Yes Happy sangat. Dah 3 bulan tak keluar rumah. Nak try slowly run errands sikit.
ADVERTISEMENT