Norma baru akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian. Baik urusan pekerjaan, pembelajaran, temu duga untuk kerja, mahupun temu duga untuk melanjutkan pengajian, hampir semuanya dilakukan online.
Pelbagai insiden sering kali berlaku ekoran masalah isyarat telefon dan kelajuan Internet yang dihadapi terutama ketika sesi temu duga. Seperti yang berlaku kepada gadis ini kerana terpaksa menjalani sesi temu duga secara online di bawah pokok bagi mendapatkan isyarat Internet yang stabil. Tulisnya di Twitter, pensyarah Dr Rozanizam Zakaria memaklumkan, kejadian berlaku ketika sesi temuduga bagi kemasukan program perubatan di sebuah universiti. Beliau bagaimanapun memahami keadaan dialami calon temu duga dari sebuah kampung di Besut, Terengganu, pagi Rabu itu.
"Sesi temu duga secara maya adalah yang pertama bagi saya dan mereka yang lain. Jadi, kalau ada yang line Internet tiba-tiba terputus tu memang kami faham. "Kita hubungi semula dan sambung atau ulang sesi temu duga. Sememangnya ia merupakan sebahagian buat kita semua melalui pengalaman baharu," katanya kepada mStar. Jelasnya, proses temu duga gadis itu berjalan lancar walaupun ditemani 'muzik latar' kicauan burung dan angin lalu. Malah katanya, calon berkenaan kelihatan berkeyakinan dan fokus sepanjang temu duga berjalan. Ramai warganet berharap agar gadis itu terpilih kerana kesungguhan ditunjukkannya. - CARI
|
Boomibulat: Edited by Boomibulat at 12-6-2020 10:56 AM Bawah pokok ok g..ada yg kena panjat pokok baru dpt line..
gigahertz replied at 12-6-2020 06:31 PM
Notebook HP tu macam 15-ac652TX pakai i5 tak pun 15-af005ax pakai AMD {:yameteh
Cumikucingku replied at 13-6-2020 01:27 PM
Adumak tetiba aku teringat interbiu yg last.... setelah hampir 20kali cuba (keje gomen)
Bertolak ...
ADVERTISEMENT