Mengejutkan! Sekeping gambar menunjukkan keadaan
seekor singa jantan yang kurus kering menyayat hati warganet. Di
sebelahnya, seekor singa betina sekadar berbaring juga turut trending di
Twitter. Ramai mempersoalkan mengapa boleh jadi sebegitu sedangkan bantuan yang Zoo Negara terima sehingga berjuta ringgit. Ke manakah wang itu pergi? Melihat situasi tersebut, warganet mahukan ketulusan daripada pihak pentadbiran. Jangan disebabkan pandemik Covid-19, kebajikan haiwan di Zoo Negara diabaikan. Sementelah lagi, laman sesawang Zoo Negara juga tidak dikemas kini serta menunjukkan penyata kewangan. Hal ini lah yang dipersoalkan oleh mereka. Bagaimanapun, ada yang menyatakan kos untuk menyelenggara keseluruhan haiwan dan habitatnya adalah antara RM900,000 hingga RM1.3 juta sebulan. Jadi, tidak adil menyalahkan pihak berkenaan hanya dengan melihat sekeping gambar. Banyak lagi kos yang perlu diambil kira. Malahan, tidak semua sumbangan adalah berbentuk wang ringgit. Ada juga yang menyumbang berupa barangan. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, seorang warganet telah menghubungi pihak Zoo Negara berkenaan singa yang kurus itu. Jawapan yang diberikan juga di luar jangkaan. Dalam hal ini, mungkin ada yang tidak memahami kerja di sebalik tabir. Namun, dalam masa sama, pihak pengurusan perlu lebih telus menyampaikan informasi supaya tidak berlaku salah faham. Jadi, sama-sama kita berharap agar nasib haiwan di Zoo Negara lebih terbela. - CARI |
4
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
1
Sedih |
2
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nazzse replied at 13-6-2020 07:20 AM
Ummah twitter memang perasan cerdik kan?
Singa, rimau, cheetah ni tak berada dlm habitat asal mere ...
ADVERTISEMENT