Mengejutkan apabila tersebarnya rakaman yang menunjukkan tangan monyet yang dah dipanggang serta anjing yang hanya tunggu disembelih dijual secara terbuka di sebuah pasar basah di India.
Menurut laporan Mirror Online, dapat dilihat anjing yang masih hidup diidi di dalam karung. People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) menyatakan, ia adalah 'pelanggaran' terhadap undang-undang perlindungan haiwan dan hidupan liar. Bukan itu sahaja, penjualan haiwan berkenaan boleh menjadi punca penularan wabak yang membawa maut. PETA menjelaskan, "Di Nute Bazaar di Manipur, daging monyet, landak, kijang, babi hutan dan burung yang bermigrasi dijual secara haram.
"Di Pasar Churachandpur di Manipur, daging monyet, babi hutan dan rusa juga dijual secara haram. "Di Keera Bazaar di Dimapur, Nagaland, anjing ditangkap dan dibunuh sebelum dagingnya dijual. "Pemerintah Nagaland baru-baru ini memutuskan untuk melarang penjualan daging anjing, tetapi perdagangan itu masih berlanjutan di beberapa negeri di India yang lain." Senario sama juga terjadi di Pasar Churachandpur. Dalam rakaman itu juga dapt dilihat anjing termengah-mengah diikat dalam karung di Keera Bazaar. Video lain pula menunjukkan kepala anjing yang dipenggal dan dipenuhi lalat. Pengarah PETA, Elisa Allen berkata,"Selagi pasar haiwan sebegini dibenarkan beroperasi, manusia akan terus berisiko dengan penularan wabak penyakit dan tidak terhitung penganiayaan terhadap haiwan yang menyakitkan." pasar basah seperti itu adalah lokasi tepat penularan wabak zoonosis yang boleh menjangkiti manusia. -CARI
|
dua_chzy replied at 16-7-2020 03:04 PM
Sinalau longon do gobuk om sinalau tasu.
ADVERTISEMENT