CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dataran Shah Alam Dah Jadi Dataran Mat Rempit

22-7-2020 10:19 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4859| Komen: 13|Original author: Oleh: Cari-Azza




Apabila tempat beriadah disalahgunakan golongan tidak bertanggungjawab, maka ianya menyusahkan ramai pihak!


Kredit foto : Twitter

Anak jati Shah Alam ini menegaskan Dataran Shah Alam bukannya tempat untuk kenderaan menunjuk-nunjuk kuasa mereka, tetapi sebenarnya tempat beriadah penduduk setempat. Oleh sebab itu, wujudnya pagar yang diletakkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semata-mata untuk melarang kenderaan memasuki tempat tersebut.


Menurut Twinnourla, Dataran Shah Alam telah diwartakan sebagai tempat riadah seperti berkelah di padang, berjalan-jalan, bersenam, jogging, menunggang basikal, bermain kasut roda, skuter dan sebagainya.

Jadi, apabila ada yang degil melanggar arahan itu, penduduk setempat tidak lagi merasa selamat. Sementelah lagi sikap pemandu yang membuat pusingan U berbahaya, membuat bunyi bising menakutkan mereka terutamanya kanak-kanak dan warga emas.



Selain itu, laluan pejalan kaki turut dirempuh oleh mat rempit dengan memotong tali penghadang yang merintangi laluan tersebut.

Isu tersebut mendapat perhatian warganet yang bertanyakan tindakan pihak berkuasa terhadap pesalah jalan raya itu. Namun Nourla menjelaskan yang Balai Polis Seksyen 11 pun sebenarnya berdekatan dengan Dataran Shah Alam, tetapi tiada tindakan diambil.

"Yang bunyi bising tu satu hal. Yang aku nak tekankan kat sini bab keselamatan. Takkan nak tunggu ada BUDAK MENINGGAL KENA LANGGAR dengan motor dan kereta semasa beriadah baru orang nak ambil tindakan?"


Kredit foto : Twitter

Persoalannya mengapa masih ada orang yang tidak reti bahasa?


Kredit foto : Twitter

Mat motor yang membuat pusingan U berbahaya - Twitter

Aduhai, kasihan pada mereka yang nak beriadah. Sudahlah banyak tempat dijadikan bangunan pencakar langit, tempat yang memang disediakan tempat beriadah pun dicerobohi manusia tidak berakal. Jadi, apa lagi harus dilakukan?  -CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-7-2020 10:30 AM
Memang sekarang trend bercerita dekat twitter ke? Dulu orang tak pandang pun twitter ni
Quote kucingitam 22-7-2020 10:34 AM
dah berzaman la jd tempat merempit..aku dok shah alam awal 2000 pun ramai race kat situ..
Quote husna_amal 22-7-2020 11:07 AM
Masalah macam ni report kat pihak berwajib la.
Quote missus_meow 22-7-2020 11:15 AM
mat rempit ni kalo disebat sekali dua bagus
Quote helicornia 22-7-2020 02:36 PM
tahun lepas stay kt blue wave bising wei pagi2 buta depa merempit situ
Quote Normabaru 22-7-2020 05:35 PM
Meleis n rempit.. Berpisah tiada
Quote DyanaHarun 22-7-2020 07:03 PM
Mesti tegas dengan mereka. Risaunya sy masa anak sendiri dikacau dia org ni semasa bawa kereta.
Quote Perawankota 22-7-2020 11:26 PM
Zaman aku study UiTM 2001 pon mmg dah port dorg. X kan sekarang baru nak sedar..  Dah lah tu kereta suka bawak laju2 depan tu... X paham aku..
Quote ~boolean 23-7-2020 12:09 AM
aku suka tutup macam tu.. nak jogging pun rasa selamat..
tapi yang babinya bila babi2 rempit ni lalu atas laluan pejalan kaki sebab nak masuk juga..

Quote bellaa 23-7-2020 06:41 AM
aku penah lepak dgn  budak kete kt sini
masing2 pakat showoff kete dah modified bagai.

poyo nak mamp*s memasing


Quote adila39 23-7-2020 03:12 PM
eh buat malu org shah alam betul, bodohnya spesis ni..
Quote kroit92 24-7-2020 09:51 AM
dah banyak tempat macam ni.

rumah lama aku dulu, dataran meriah, hidup setiap masa.
waktu subuh katak, ada orang jogging, ada sekumpulan student dari area tu, datang mengaji qur'an ramai-ramai, ada makcik jual nasi lemak,
siang orang duduk picnic atas rumput, anak2 main buih,
hujung sikit ada orang main baling frisbee, ada geng 4-5 orang kejar2 rugby,
kiri kanan ada gerai-gerai jual makanan, mainan,
malam ada gerai makan dengan karaoke.

tiba-tiba, satu hari. mat rempit berkumpul.
terus orang tak datang.
lepas tu pihak Majlis Perbandaran pun tutup dataran tu.
sekarang, jadi kawasan kosong. sedih bila tengok.

pindah rumah ke negeri lain.
sama jugak.
dataran hidup. meriah. aku datang setiap 3-4 hari untuk jogging bila free.
lepas tu mat rempit datang. bersidai ramai2 buat bising geng motor.
perempuan jogging diorang kacau dari jauh. sapa tak takut.
aku pun takut diorang dekat 20 orang kat situ.
tu satu geng. setiap berapa meter ada geng lain pulak.

sekarang, dataran pun dah tutup, tapi sebab covid haritu.
tapi tu la. sampai sekarang dah tak bukak.
sedih woo..
Quote seemylevel? 24-7-2020 02:24 PM
da yb shah alam pn rempit

tngk le ank2 buah dia

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042893 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top