Percaya atau tidak, majoriti individu yang memiliki akaun sosial media menggunakan kata laluan (password) yang sama berulang kali. Cuba teka 'password' apa yang kerap digunakan? Ya. Angka '123456' adalah kata laluan klasik yang ramai orang gunakan. Bahayanya adalah ia mudah digodam. Lebih sejuta maklumat yang bocor menunjukkan kata laluan ulang pakai yang klasik adalah '123456' seperti dilaporkan mStar. Satu kajian yang dijalankan oleh seorang pelajar kejuruteraan komputer, universiti di Cyprus, Turki, Ata Hakcil memuat turun lebih sejuta data yang bocor. Ia membawa kepada penemuan lebih sejuta kelayakan set data termasuk 168,919,919 kata laluan yang unik, serta lebih 7 juta menggunakan '123456'. Ini bermakna, satu dari 142 kata laluan termasuk sampel yang dianalisis Hakcil adalah paling lemah dengan nombor 123456 sering diulang guna secara online sejak lima tahun berturut-turut. Kebanyakan pengguna, lebih gemar memilih kata laluan menggunakan abjad (29 peratus) atau nombor (13 peratus). Jadi, cuba semak 'password' anda, guna nombor klasik ke? Hati-hati, ia mudah digodam ya. - CARI |
LostStar replied at 22-7-2020 02:39 PM
daku punya password adalah yg lebih menggumbirakan... contohnya.. annetehtarik1..roticanaibanjir1sam ...
Bergosip replied at 22-7-2020 03:00 PM
Lol. Style password kita sama. Password saya masa zaman friendster dan Myspace "Naancheese1" denga ...
RatuDunia94 replied at 22-7-2020 02:02 PM
Iols guna pasword tarikh birthday jiran iols yg iols crush dah lama.. shhhhhhhh jangan bgtau bini di ...
RatuDunia94 replied at 22-7-2020 02:02 PM
Iols guna pasword tarikh birthday jiran iols yg iols crush dah lama.. shhhhhhhh jangan bgtau bini di ...
ADVERTISEMENT