Frasa 'customer always right' ini sentiasa dimomokkan dalam etika jual beli, sehinggakan pelanggan berasa berhak untuk mengkritik produk atau perkhidmatan penjual. Ia menyebabkan ramai penjual terpaksa memendam rasa kerana ego dari pembeli. Di Twitter, seorang penjual dalam talian (online) mendedahkan mesejnya bersama pembeli yang tidak faham bahasa. Menurut Farah, mesej pertama dan kedua adalah daripada orang yang sama, tetapi masalah berbeza. Seolah-olah tidak dapat membezakan yang logik dan tidak logik. Susulan itu, ramai juga penjual online menyuarakan hal sama. Ada yang geram dengan kerenah pembeli, malahan ada yang kelakar pula. Tidak hanya sikap biadab, ada juga yang turut berkongsi keanehan pembeli yang melayan penjual seperti sahabat pula. Macam-macam! Apa pula momen anda sebagai penjual atau pembeli? Jom kongsikan bersama. - CARI |
buapakperut replied at 13-9-2020 06:38 PM
iols teringat costumer husband iols, dh selesai urusan jual beli, dia mesej pnjg2 pulak tanya ada ta ...
ADVERTISEMENT