CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Pening Kepala Polis Cari, Che Ta Pun Ada Isu Juga?

16-9-2020 11:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 36755| Komen: 121|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Saya bukan abang dia atau saudara mara dia. Memang Ikbal bekas staff dan tak lebih dari itu, dia kerja dengan saya selama hampir 5-6 tahun dan dah lama berenti kerja."


Akhirnya, usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri tegas menafikan kaitannya dengan isu tular dengan bekas pembantu peribadi (PA) yang didakwa menipu duit pelanggan berhubung jual beli pakej penginapan.

Menerusi laman Instagramnya, Aliff memohon orang ramai agar tidak mengaitkan namanya dengan Iqbal Sani dan isterinya, Intan Haleda. Ini kerana, ramai yang telah menghubungi Aliff termasuk pihak polis bagi mencari pasangan suami isteri terbabit sedangkan dia sudah tidak mempunyai kaitan lagi dengan mereka berdua.


Lebih teruk, ada yang meminta ganti rugi daripada Aliff hingga membuatkannya sakit kepala. 


Foto : IG

Sebagai bekas majikan, Aliff menyatakan mereka sudah lama tidak berhubung kerana lelaki itu menjalankan bisnesnya sendiri. Namun, apabila masalah sebegini berlaku, mengapa dia pula yang menjadi mangsa?

"Saya berharap jangan ganggu saya atau WhatsApp saya, tanya rumah, nombor, nak duit, Saya tak terlibat dengan apa-apa yang mereka lakukan."


Foto : IG

Nampaknya, bukan Aliff sahaja yang terkena dengan permainan 'scammer' ini, malah aktres Rozita Che Wan turut mencari pasangan suami isteri terbabit menerusi laman Instagramnya. Dah kenapa?


Foto : IG

Tidak dapat dipastikan apa yang diinginkan oleh Che Ta, namun di ruangan komen ramai pengikutnya turut mengalami masalah sama iaitu ditipu mengenai pakej penginapan di hotel.


Foto : IG

Foto : IG

Terdahulu, tular isu scammer yang dilakukan pasangan suami isteri ini hingga mengakibatkan kerugian sehingga beratus ribu ringgit. Kini, mereka dicari ramai mangsa dan pihak polis.


Foto : Twitter

Diharapkan isu ini akan cepat berakhir dengan penjenayah tertangkap serta mangsa mendapat keadilan. Harap bersabar ya semua. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • RaginiEHarris

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 16-9-2020 11:17 AM
kawen nmpk gah mcm kluarge thormat tp rupenye scammer
Quote djzara81 16-9-2020 11:18 AM
Adik ipar aku salah sorang mangsa couple ni. Dia nk bercuti with a group of friends.  Dia tak berurusan directly, his friend yg nk bercuti skali tu yg deal with this couple & byr deposit utk 1 nite stay at Grand Lexis PD. Adik ipar ckp the deal was too good to be true. Bila tembelang pecah, adik ipar tried to get his money but tak dpt coz the couple ignored. So now, adik ipar akan buat report & saman the couple since ipar ni lawyer.
Quote Lailerthee 16-9-2020 11:19 AM
Wow laki bini scammer. Nk lari mana pintu keluar negara xbukak lg mereput la dlm negara ni lambat laun org jmp jugak
Quote nazzse 16-9-2020 11:23 AM
Nak booked apa2, gunalah website yg betul. Pantang murah sikit terus bayar orang kita ni. Takda rasa nak check dulu langsung
Quote chenta_dewi 16-9-2020 11:58 AM
Mcm mana scammer tp xreti sorok muka
Quote missus_meow 16-9-2020 12:06 PM
djzara81 replied at 16-9-2020 11:18 AM
Adik ipar aku salah sorang mangsa couple ni. Dia nk bercuti with a group of friends.  Dia tak beruru ...

when the deal sounds too good to be true ...

hrp dpt cari dorang n menang saman
Quote Zeatyisaac 16-9-2020 12:07 PM
chenta_dewi replied at 16-9-2020 11:58 AM
Mcm mana scammer tp xreti sorok muka

Hahaha.... So true.
Quote opie5662 16-9-2020 12:13 PM
Sengkek nye nek ta ni hadap bende cheap skate ni. Sebenarnye org jual voucher ni bkn murah sgt pon. Apsal la mudah terpedaya. Sbb ade kawan aku jual lexis hibiscus dlu masa pkp br habis... Sokmo la die kate murah gile. Bile check website, lg murah bile book direct. Almost 100 jgk beza.

So jgn jd bodoh la ye nk bende murah ni. Jgn malas buat buat research sendiri. Hadap sgt benda bile org ckp murah...
Quote 311gurl 16-9-2020 12:15 PM
Apa yang scammer ni jual?
Quote lotionmilo 16-9-2020 12:18 PM
Hu r yus? Camna boleh terpedaya?? Testimoni bagus sgt ke?
Quote cupu 16-9-2020 12:27 PM
Dh che ta tu knp...beli pakej murah jgk ke...
Quote edoraixora 16-9-2020 12:49 PM
kenapalah tak booking terus dgn tempat penginapan/percutian terus. Guna ejen2 ni, macam ni lah, bukan semua boleh percaya. Lagi pulak dgn perseorangan bukan company.
Quote RatuDunia94 16-9-2020 01:30 PM
Kantoi che ta bercuti amik pakej murah.. tp bila show off umpama check in on the spot..
Quote famri7 16-9-2020 01:33 PM
Kadang2 peliknkan bertudunb tp buat jahat??.
Quote Normabaru 16-9-2020 01:41 PM
Xphm kenapa nk kaitkan dgn tok lip.. Dia jual staycation kt sugeh ke..

Nway lama xnmpk nekta bercuti sekeluarga mcm zaman kaya2 dulu.. Dh masuk jadi ank murid jijang bkn ptt lg kaya ke? Ke jadi kayap? Hehe
Quote kakasotong2 16-9-2020 01:44 PM
Kes ni dulu mula2 kecoh kt twitter, masa tu ada twitfemes promote kapel scammer ni jd agent lexis hibiscus. Xingat sape nama yg promote tu. Then hari yg sama twithandle nama @januarhaikal tu clarify bgtaw jgn pcaya dgn pakej laki bini ni, sbb haikal tu dia siap call org lexis hibiscus tu pd hari yg sama, n org resort hibiscus tu ckp jgn pcaya dgn promotion2 murah mcm ni. Tp twitfemes yg promote tu buat keras kepala tetap bekap kapel ni. Meols rasa dlm sebulan lepas la kejadiannya.

Tup2 2-3 hari lepas naik balik isu lexis hibiscus ni sbb ramai dah kena tipu. Tp meols mcm xsangka la ramai kena. Retis2 pn skali kena klepet. Kt fb lg ramai mangsa dia. Kat sana dh siap kepil skali alamat rumah mak ayah laki bini ni. Orang raub dgn org kl.

Kesian mak ayah terpalit bila anak2 yg buat taik.
Quote irvene 16-9-2020 01:48 PM
aku rasa kawan nek ta yang kena tipu
Quote 635 16-9-2020 01:56 PM
Normabaru replied at 16-9-2020 01:41 PM
Xphm kenapa nk kaitkan dgn tok lip.. Dia jual staycation kt sugeh ke..

Nway lama xnmpk nekta ber ...

That guy pernah kerje ngan AS. Tu yg ade minta info dr AS.
Quote cicicumel 16-9-2020 01:56 PM
djzara81 replied at 16-9-2020 11:18 AM
Adik ipar aku salah sorang mangsa couple ni. Dia nk bercuti with a group of friends.  Dia tak beruru ...

Lps pkp hari tu mmg byk nmpak offer Lexis ni...

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.260281 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top