|
Tindakan lelaki di Mesir menyahut cabaran dengan menelan telefon bimbit membawa padah apabila objek itu tersekat di dalam perutnya selama tujuh bulan. Menurut laporan Gulf News yang dipetik Harian Metro, lelaki berusia 28 tahun itu menyahut cabaran berkenaan ketika berparti dengan rakannya. Sangkanya, peranti itu akan keluar secara semula jadi menerusi saluran ususnya sehingga dia akhirnya terpaksa menjalani pembedahan tujuh bulan kemudian bagi mengeluarkan telefon bimbit berkenaan di sebuah hospital di wilayah Benha. Namun, tidak dapat dipastikan keadaan lelaki itu selepas menjalani pembedahan mengeluarkan peranti berkenaan. - CARI |




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.160275 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.