Tahniah diucapkan kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berada di kedudukan teratas sebagai individu paling dikagumi (Most Admired Person) di Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov. Portal itu mengumpulkan pencalonan terbuka World's Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari sehingga Mac lalu. Memetik Harian Metro, Siti berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu selain menyifatkan ia adalah penghargaan orang ramai terhadap dirinya.
Sementara itu, Muszafar di laman Instagramnya turut merakamkan rasa terharu di atas undian tersebut. Pencalonan terbanyak membariskan 20 lelaki dan
20 wanita yang dicalonkan di
sekurang-kurangnya empat negara. Dengan soalan yang diajukan menerusi dalam talian berbunyi "Siapa yang benar-benar anda kagumi?" menobatkan kedua-dua selebriti tanah air itu di tempat pertama. Tahniah kepada kedua-duanya serta tahniah juga kepada Dr Amalina Bakri, Nicol David, Tun Siti Hasmah dan Vivy Yusof kerana menempatkan antara 20 yang dikagumi di Malaysia dalam kategori wanita. Manakala, kategori lelaki pula jatuh kepada Lee Chong Wei, Tun Mahathir dan Najib Razak di sebalik personaliti luar negara. Anda rasa ada yang lebih layak tersenarai? - CARI |
Orix: Aikk ?? Lopak x msuk senarai ka ??? Tinvy yg byak hatersss n followers x smpi 2juta compare lopak yg ada followers hampir sama dgan tokti, x msuk sena ...
stingerstorm replied at 1-10-2020 07:31 AM
bam patah ,penghafal surah mulk, takda bayang pun dalam list?
tak adil....
kdamat replied at 1-10-2020 08:32 AM
Aduh, kesah nya... Dengan surah mulk tak habis2... Kau yg rasa tak adil pulak... Bukan banyak beji ...
kitaserupaaa replied at 1-10-2020 01:18 PM
Tokti pun pernah tersenarai dlm 500 influential muslims thn 2016 sampai 2019
ADVERTISEMENT