Takut melihat gaya pemakanan kanak-kanak hari ini yang lebih menggemarkan makanan ringan dan minuman kotak termasuk minuman kultur. Walaupun ada baiknya, namun jika diambil berlebihan, minuman kultur boleh membawa mudarat.
Terbaru, kanak-kanak berusia empat tahun dimasukkan ke hospital akibat diabetes kerana kerap mengambil minuman berkenaan. Pada mulanya, ia diambil selepas bapanya berikhtiar membantu masalah susah membuang air besar. "Bermula dari situ, stok minuman kultur mesti ada dalam peti ais berselang-seli dengan air kotak. Wajib ada dalam peti," tulis pengguna Facebook Mazila Manshor. Bagaimanapun, timbul masalah lain apabila kesihatan anaknya semakin merosot sehingga pengsan selepas mengalami demam berpanjangan. Menurut Mazila, perkara itu berlaku kepada anak sahabatnya sendiri. Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya yang berterima kasih kepada Mazila kerana memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya terhadap minuman manis terutama air kotak. - CARI
|
damian_lee replied at 1-10-2020 10:29 PM
memang kandungan gula tinggi dalam minuman2 ni
termasuklah yang katanya less sugar .......
Dwdrum replied at 2-10-2020 06:40 AM
Memang lah less sugar sis.. Tapi u perlu count food yang ambil juga if less sugar too.. Hehe...
ADVERTISEMENT