CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Pelanggan Ditembak Tukang Gunting Rambut Kerana Mungkir Janji

5-10-2020 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2376| Komen: 13

Seorang tukang gunting rambut didakwa melakukan percubaan membunuh selepas menembak pelanggannya.

New York Post melaporkan, kejadian berlaku di sebuah tempat letak kereta di sebuah gereja di United Methodist pada Isnin lalu.


Polis mengesahkan menerima laporan daripada salah seorang mangsa mendakwa tukang gunting rambutnya, John Digiovanni, 35, menembak dia dan rakannya yang juga pelanggan suspek.


Kredit foto: Pejabat Sherif Daerah Palm Beach

Memetik laporan WPTV, suspek mengaturkan temu janji untuk memotong rambut mereka sebelum itu, namun tidak muncul seperti dijanjikan.

Dua minggu kemudian, seorang daripada mangsa menghubungi suspek pada Isnin lalu untuk memberi penjelasan kenapa mereka memungkiri janji, namun ia mencetus kemarahan Digiovanni yang mula menjerit dan menghamburkan kata-kata ugutan.

Kedua-dua mangsa kemudian mengajak suspek untuk bertemu di sebuah gereja bagi bagi memberi penjelasan.


Digiovanni dikatakan mula berteriak dari dalam keretanya sebaik tiba di gereja, manakala mangsa menegaskan dia hanya mahu berbincang dan menjelaskan perkara sebenar, lapor Sun Sentinel.

Bagaimanapun, Digiovanni kemudian keluar dari keretanya sebelum mengacukan pistol ke arah kedua-dua mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum masuk semula ke dalam kereta, lalu melarikan diri dari lokasi.

Penyiasat berkata, mereka memiliki rakaman video kejadian sebagai bukti, namun tidak memaklumkan sama ada ia dirakam mangsa atau kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala suspek masih ditahan di penjara Palm Beach untuk membantu siasatan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-10-2020 01:26 PM
Selalunya kalau tak dtg gunting rambut, orang akan bolayan je. Sama jugak la kalau tak jadi beli, seller pun bolayan je. Boleh pulak nak bagitau sebab kenapa siap buat atur janji temu lagi
Quote Artemesiaa 5-10-2020 01:52 PM
Time sesak ni kalau ada buat perangai macam tu pasti cepat naik angin.  Kalau betul tak boleh datang apa salahnya call untuk bagi tahu tak dapat datang.  Kurang2 dia tak perlu tunggu lagi dan boleh layan pelanggan lain yang perlukan perkhidmatnya.
Quote batmana 5-10-2020 02:17 PM
bukan psl nk gunting ni, msti ada benda lain, cm utang ke ape
Quote RatuDunia94 5-10-2020 03:03 PM
Herlokkkkkkk
Quote husna_amal 5-10-2020 03:49 PM
Tukang gunting pun ada pistol ya.
Quote squeeze 5-10-2020 04:47 PM
hahahah...giler babi punye tukang gunting rambut smpai sangup main tembak2
Quote arlyssa 5-10-2020 07:52 PM
muka mcm brad pitt..
Quote Belibis 5-10-2020 08:37 PM
Masa tukang gunting cukur dengan pisau lipat atas leher pun dah cukup seram,apa lagi jenis ada pistol.
Quote matbad 6-10-2020 12:36 AM
Kat sana pistol wajib sbb jenayah byk tu pun dok kata Islam pengganas lagi puii
Quote any42 6-10-2020 02:10 AM
mngkin stress dgn virus & smua tgh struggle skrng nk jana duit ntah2 sngaja bt prangai nk msuk pnjara kottt
Quote nubook 6-10-2020 02:35 AM
Tak pasal - pasal ye
Quote amon_79 6-10-2020 10:03 AM
gunting rambut jer kot...
Quote mamajawie 6-10-2020 11:13 AM
muka cam laki remilah parpu marvel jahhhhh..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040169 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top