CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut, 2 Rakan Koma Lepas Putihkan Gigi Di Turki

6-10-2020 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6158| Komen: 23

Seorang lelaki maut manakala dua rakannya kini bertarung nyawa di hospital selepas menjalani rawatan pergigian di Turki.

Richard Molloy, 33, dari Ardoyne, Belfast di Ireland meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas terbang ke pelabuhan di Marmaris. Bagaimanapun, Metro melaporkan punca kematiannya tidak diketahui.



Richard Molloy (kiri)
Kredit foto: Metro/IG

Manakala, dua rakannya iaitu Declan Carson dan Aaron Callaghan yang juga berasal dari Ardoyne dilaporkan dalam keadaan koma dan kritikal di hospital di negara itu.

Amanah Repatriasi Kevin Bell yang membantu keluarga Molloy  menguruskan dan membawa pulang jenazahnya berkata, ia belum disahkan bagaimana ketiga-tiga mereka jatuh sakit.

Jurucakapnya, Colin Bell memaklumkan kepada The Belfast Telegraph ia satu situasi yang rumit.

"Lelaki berkenaan meninggal dunia di Turki ketika mengunjungi negara itu bersama dua rakannya untuk menjalani rawatan pergigian. Kami tidak pasti apa punca mereka jatuh sakit hingga salah seorang daripadanya meninggal dunia," katanya.



(Kiri ke kanan) Aaron Callaghan, Richard Molloy (belakang) dan Declan Carson 
Kredit foto: Metro/Facebook

Sumber memberitahu The Guardian bahawa kesemua mangsa berada di Turki untuk menjalani prosedur pemutihan gigi. 

Difahamkan, negara itu mempunyai industri pelancongan perubatan dan pergigian yang kukuh.

Terdapat laporan akhbar tempatan yang belum disahkan mendakwa kesemua mangsa ada mengambil ubatan yang berkaitan dengan rawatan berkenaan sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di apartmen mereka.

Pun begitu, tiada kesan menunjukkan bahawa ubat-ubatan tersebut menyebabkan mereka jatuh sakit.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri memaklumkan pihkanya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Turki bagi menyiasat kes berkenaan. - CARI
5

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Jennyrol

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 6-10-2020 04:07 PM
klinik berdaftar ke so called doktor gigi ig>?
Quote matchstick 6-10-2020 04:12 PM
Kesian..dh jadi gini takde gunanya lagi dah gigi seputih kertas pun. Harap yg 2 orang lagi tu survive la. Senang sikit nk siasat apa punca jadi gitu
Quote Mina2215 6-10-2020 04:12 PM
Kalau bukan kesan ubatan, sepsis ke? Takziahh
Quote Cocoais 6-10-2020 04:15 PM
Nak gigi putih jiwa melayang
Quote Kurex 6-10-2020 04:21 PM
Gigi putih pun nampak pelik
Quote Normabaru 6-10-2020 04:31 PM
Mati sbb covid kaaa? {:childlike
Quote lavendernovella 6-10-2020 04:42 PM
Turki bab2 pergigian dan plastic surgeri mmg tiptop2 belaka. Tapi biasalah ,damage mesti ada kat mana2 pun.
Quote merrissa 6-10-2020 05:44 PM
Mahal sgt ke rawatan pemutihan gg kat uk tu? Kat msia aku tgk xde la mahal sgt pon
Quote espri6006 6-10-2020 05:56 PM
Xde pun dia cakap sebab kematian adalah di sebabkan rawatan gigi. Manalah tau mamat2 salih tu pergi minum2 sampai mabuk ke, ke samsu ke...
Quote uori 6-10-2020 06:08 PM
merengsa betul tengok ramai artis sekarang gigi putih dan kejung lain macam. dorang ingat elok ke?
Quote ashilalat 6-10-2020 09:48 PM
Turki memang bukak sempadan pelancong asing masuk ke? Entah2 mati sebab covid, tang tiba dokter gigi plak kena tuduh
Quote Knowlee 6-10-2020 10:15 PM
ashilalat replied at 6-10-2020 09:48 PM
Turki memang bukak sempadan pelancong asing masuk ke? Entah2 mati sebab covid, tang tiba dokter gigi ...

Ada possibility jugak ni
Quote Perawankota 6-10-2020 10:22 PM
X lawa betul gigi putih melepak pelik2..
Quote AyaqMeloSuam 7-10-2020 01:12 AM
Mna tau smbil p putih gg.. siap p tabuh dadah paling xtreme ke apa.. tu yg jalan skali kot.. overdoseyy
Quote dudaberhias 7-10-2020 01:19 AM
tak rasa sebab rawatan gigi tu pun... tengok macam jenis enjoy sana sini... ada keracunan arak ke?
Quote diss69 7-10-2020 07:52 AM
Pemutihan gg bukan mcm veneer tu ke.. Yg Micheal Ang buat tu..
Quote TomyamPuteh 7-10-2020 08:33 AM
Mesti geng kunyit nih. Jarang Sgt llaki straight nk putih putih gigi ni
Quote haryatie 7-10-2020 09:08 AM
covid ker
Quote meshni 7-10-2020 09:34 AM
Mesti amik ada barang la ni..
Mudahnya pulak nak blame turki

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053354 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top