CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zali Rusli Tak Tiru Haqiem Rusli

9-10-2020 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7659| Komen: 25

Zali Rusli teruja apabila melancarkan single sulungnya, Mewangi.

Zali yang juga adik kepada Haqiem Rusli berkata dia bukan mahu meniru abangnya, sebaliknya mahu mengikut jejak lagkahnya.


Baru berusia 15 tahun, dia diberi sayarat oleh ibu bapanya agar tidak mengabaikan pelajaran jika mahu masuk ke dalam bidang seni.

Kredit foto: IG
"Saya memang meminati bidang nyanyian. Saya selalu ikut dan menonton persembahan abang. Jadi, apabila single sulung dihasilkan, saya teruja. Malah, saya menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama abang suatu masa nanti.

"Cuma, selepas dilamar syarikat rakaman FMC Music, saya diberikan syarat oleh ibu bapa supaya tidak mengabaikan pelajaran.



Kredit foto: IG
"Dalam masa sama, abang selalu memberi sokongan sepenuhnya untuk saya melangkahkan kaki sebagai anak seni, tetapi perlu memberi tumpuan juga pada pelajaran," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Zali dia menyanyi lagu dengan caranya yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan gaya Haqiem.

Kredit foto: IG
"Menerusi lagu ini saya menyampaikan lagu Pewangi dengan cara sendiri dan tidak terpengaruh dengan cara nyanyian abang walaupun lagu ini hasil ciptaannya." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-10-2020 02:17 PM
Edited by Kurex at 9-10-2020 02:18 PM

Muka mak dorang ni macam muka kak ecah. Tapi muka adik qimi macam muka kanak riang dik mael
Quote GegarVaganja 9-10-2020 02:28 PM
Kalau suara kau sedap takpe dik.
Kalau taraf Nabila Razali baik ko teruskan belajar je la dik.

Quote newme11 9-10-2020 02:32 PM
Abang lagi kuat aura nya dik…..
Quote bakingsoda 9-10-2020 02:56 PM
tapi lagu pewangi mcm malas2 je qiqiem buat. mcm guna template bangkit+ adlina marie pastu lirik pon ada yg sama. mungkin sekadar single pengenalan. tapi berhenti la cite kisah abang ko dekkk, cuba citer pasal diri sendiri
Quote husna_amal 9-10-2020 03:57 PM
Mungkin artikel berbayar ni..dalam seminggu dah 2 cerita keluar
Quote cikdot 9-10-2020 04:06 PM
Zali macam nama bapak2 je..kalau nyanyi lagu genre rock kapak ok kot
Quote YomiuriLandMae 9-10-2020 04:09 PM
slalunya kalo ada family ada background artis ni mmg susah nak pegi.. tgk je la cth2 yg dah sedia ada ni.. apapun semoga berjaya dikk!
Quote mamajawie 9-10-2020 04:39 PM
memang anak ngn bapak suka pakai spek sebab bila bukak spek muka jadi pelik ke hape????
Quote mamajawie 9-10-2020 04:40 PM
tajuk lagu MEWANGI ke PEWANGI?

kalu PEWANGI da cm PEWANGI FABRIK...bahahahahhahaa
Quote damian_lee 9-10-2020 04:56 PM
adik kikimmmmm ....... lama tak buat kontroversi .....
buatlah satu dua ...

rindu kontroversi adik kikimmmm yang pelik2 tu
pakai cemin mata hitam ...
pakai air pod ....

paling sadis kena serang dengan .... ernie jakri ngan wani garita
Quote RatuDunia94 9-10-2020 06:15 PM
Apo gambor family tu.. baju kuning cat dinding kuning..
Quote sleepandream 9-10-2020 07:13 PM
dik qieqie buat lagu duet la dgn adik...
Quote Rhyno 10-10-2020 03:17 PM
dalam rumah pun gigih nak berspek hitam.
Quote Rhyno 10-10-2020 03:17 PM
sleepandream replied at 9-10-2020 07:13 PM
dik qieqie buat lagu duet la dgn adik...

nak permintaan uols ditunaikan.

[youtube]IRBXDi4Clxw[/youtube]

Quote Aunty_Acid 10-10-2020 03:19 PM
comel adik si qiqi ni
Quote cikmi 10-10-2020 03:21 PM
kenapa mamat tu suka sgt g mana2 pakai spek hitam yek? rimas tgk. macam dh ditattoo gitu. patutla aku tak kenal masa rancangan apa ntah, rupanya haqiem rusli versi tak pakai spek.
Quote sokmogitu 10-10-2020 03:54 PM
Rhyno replied at 10-10-2020 03:17 PM
nak permintaan uols ditunaikan.

tak kepam ke baju Haqim ni pakai? Dekat 10x dah dia asyik pakai baju acah askar tu. Dekat Meletop je dah 2x...
Quote dudaberhias 10-10-2020 04:05 PM
cikdot replied at 9-10-2020 04:06 PM
Zali macam nama bapak2 je..kalau nyanyi lagu genre rock kapak ok kot

hoii kejisnya kakaaa tapi memang betoiii punnn ingatkan zali tu pelakon lama 80an yang ada anak 10 dah
Quote cikdot 10-10-2020 04:34 PM
dudaberhias replied at 10-10-2020 04:05 PM
hoii kejisnya kakaaa  tapi memang betoiii punnn  ingatkan zali tu pelakon lama 80an yang ad ...

Kan...apo abang nama haqiem adik nama zali. itu pun mujur tak jali

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064722 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top