CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Ditembak Adik Dan Teman Lelaki Berusia 13 Tahun

9-10-2020 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4326| Komen: 8

Dua remaja berusia 13 tahun didakwa atas tuduhan menembak mati seorang lelaki ketika mangsa sedang tidur di rumahnya.



Remaja lelaki dan perempuan itu dituduh membunuh Rene Ray Rodriguez Jr, 20, yang mati ditembak sekurang-kurangnya empat kali di rumahnya di San Antonio, Texas pada Ahad.

Menurut polis, Rodriguez Jr ditembak kali pertama ketika tidur dan tiga kali lagi apabila dia bangun dari katil sebelum rebah ke lantai.

Daily Star melaporkan, bapa mangsa yang tinggal bersamanya terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi tembakan sebelum mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.


Kredit foto: Daily Star/KSAT TV


Polis bagaimanapun berkata, tiada kesan rumah itu dipecah masuk manakala beberapa saksi mendakwa ada melihat dua remaja berjalan atau berlari diri dari lokasi kejadian.

Sementara itu, New York Post melaporkan, adik perempuan mangsa dan teman lelakinya datang ke rumah itu sebelum menembak Rodriguez Jr yang sedang tidur tanpa berkata apa-apa.

Ibu mangsa berkata, teman lelaki anak perempuannya itu bukan seorang yang baik dan mereka telah cuba memisahkan pasangan berkenaan.


Kredit foto: GoFundMe

Berikutan kejadian, polis menahan dua remaja terbabit, namun tidak mendedahakan identiti mereka kerana kedua-duanya masih di bawah umur. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 9-10-2020 06:02 PM
Adoiiii.. Byk nya kes lagu ni skrg..
[youtube]2bYdTUIhGr4[/youtube]

[youtube]_ptbnHDrkKs[/youtube]
Quote Artemesiaa 9-10-2020 06:22 PM
Mental terlalu ikutkan perasaan macam tulah hasilnya
Quote matjerk 9-10-2020 06:53 PM
sarah82 replied at 9-10-2020 06:02 PM
Adoiiii.. Byk nya kes lagu ni skrg..


Yg paling sadis kes heather mack tu la... sbb seperti tiada penyesalan membunuh/bersuhabat membunuh mak sendiri... dok penjara indon mcm x de apa2   siap leh makan kfc... siap ada access to hp....

Kes yg tt tempek ni mcm kes..kat texas... boipren (bobby) bunuh mak ayah gepren (krisi)... tp mak je mati..ayah hidup... kena tahan masa umo 15... now masih behind bars....  ayah testify anak sendiri bersubahat dgn boipren utk bunuh dia... ayah dia kata anak dia tu manipulative.. so sekali dgn anak tu pun masuk jail.... si ayah tu percaya anak dia telah memanipulasi boipren dia utk bunuh ibu ayah sendiri.. boipren tu mexican.. so krissi ni menggunakan sentimeb pwrkauman.. dia kata kita x boleh bersama sbb ayah aku x suka color ppl... so kita kena bunuh mereka utk hidup bersama... latest update..mereka yg dipenjarakan sejak kecil boleh membuat rayuan utk bebas... undang2 baru us... perkara yg paling bobby gembira.. ayah gepren dia tu telah memaafkan dia...
Quote sarah82 9-10-2020 07:20 PM
matjerk replied at 9-10-2020 06:53 PM
Yg paling sadis kes heather mack tu la... sbb seperti tiada penyesalan membunuh/bersuhabat membu ...

Mak aiiiii.. Dasyat gila..
Quote matbad 9-10-2020 08:13 PM
Benaknya aku. Aku baca byk kali tajuk tetap tak paham. Lps bca bru paham. Byk telan semut betoi la haha
Quote sukacactus 9-10-2020 08:25 PM
First time baca 'berlari diri'
Tak pernah dengar plak selama ni
Quote Skydiva 9-10-2020 11:53 PM
Bile negara halalkan pemilikan pistol n segala macam weapon, cani la jadinye. Brape byk kes school shooting, budak tembak parents etc. Mcm lagi byk dtgkan keburukan dari kebaikan je pistol ni.
Quote husna_amal 12-10-2020 09:39 AM
Budak2 lagi dah berani membunuh.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.180154 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top