Tidak bersendirian, Mawar Rashid mendedahkan suaminya Raf Yaakob turut berhijrah menjadi lelaki muslim lebih baik.
Dia berkongsi keterujaannya itu di Instagram dengan menyatakan Raf kini lebih tenang dan semakin positif. Lelaki pun perlu berhijrah ke? "Happy tengok abang sekarang makin tenang, sangat bersabar dan selalu senyum.. Senang cerita, hari-hari duduk dengan abang rasa sejuk je la," tulisnya. Makin sayang, katanya yang sangat gembira dengan penghijrahan mereka suami isteri ke arah kebaikan. Di ruangan komen, Raf turut memberi respons terhadap perkongsian isterinya itu. "Entahlah, kita ni anak nak masuk dua dah. Tapi rasa macam baru je semalam nikah. I love you tau. Allah SWT sahaja yang tahu betapa sayangnya Abang kat bidadari syurga abang ni," balasnya.
|
Acikgomen replied at 21-10-2020 01:54 PM
Korang ni pjj ke caner
Nak confess laki bini pun kena komen kat socmed
Boomibulat replied at 21-10-2020 02:10 PM
Disebabkan nilopa telah ramai artis2 yg turut berhijrah..penuh la kantung pahala beliau kan..:laug ...
lolipopbiru replied at 21-10-2020 02:12 PM
mawar rashid bertudung sebelum lofa pakai niqab
Boomibulat replied at 21-10-2020 02:13 PM
Maksud sy laki mawar..
ADVERTISEMENT