Polis menahan penjawat awam yang mencuri sebuah kereta pada Sabtu lalu. Harian Metro melaporkan, polis menerima laporan daripada lelaki berusia 17 tahun yang bekerja sebagai mekanik.
Dia mendakwa menyedari Proton Wira miliknya hilang selepas dimaklumkan rakan jam 10 pagi, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pasukan Task Force menahan suspek, 38, jam 3.20 pagi selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan 4/2 pandan Indah. "Hasil siasatan lanjut yang dijalankan ke atas suspek menjumpai pelbagai peralatan untuk menghisap dadah. "Polis kemudian merampas Peralatan menghisap dadah dan kunci kereta serta alat kawalan," katanya. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek postitif methampetamine selain memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI |
Carcosa replied at 5-11-2020 12:47 AM
Memandu dlm keadaan mencurigakan tu macamana ya? Terfikir jugak meols, takut2 abam polis syak meols ...
syaz_lina replied at 6-12-2020 08:49 PM
Gila..dah ada 2 kes dadah masih simpan dalam service. Tido ke apa hr and top mngment bombas ni. Ada ...
ADVERTISEMENT