CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Kepala Dihentak Lesung Batu Lepas Suami Dengar Bisikan Ghaib

6-11-2020 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2607| Komen: 12

Wanita maut kepalanya dihentak suami dengan lesung batu ketika tidur selepas lelaki itu 'mendengar bisikan ghaib'.

Liputan6 melaporkan, berikutan kejadian, polis menahan suspek berusia 42 tahun di rumahnya di Dusun Manrimisi Lompo, Sulawesi Selatan pada Isnin lalu.

Menurut polis, kejadian disedari ibu mangsa yang mengunjungi rumah mereka keesokannya dan mendapati menantunya hanya terpaku di samping mayat isterinya yang berlumuran darah.


Gambar hiasan

Ibu mangsa terus mengadu mengenai kejadian kepada imam dan ketua kampung sebelum polis tiba ke lokasi, lalu menahan suspek.


Difahamkan, suspek memukul isterinya dengan lesung batu dan sebatang kayu sekitar 1.30 pagi ketika isterinya tidur.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa terdengar bisikan ghaib meminta dia membunuh isterinya. Malah, dia mendakwa 'suara' itu berkata, isterinya curang dan akan berkahwin dengan lelaki lain.


Gambar hiasan

Menurut penduduk setempat, suspek mengalami masalah kesihatan mental.

"Suspek pernah dijangkiti malaria ketika ke Papua, dan sikapnya berubah sebaik pulang dari sana," kata jurucakap polis.

Tambahnya, pihaknya kini menunggu hasil pemeriksaan kesihatan mental suspek di Hospital Bhayangkara Makassar. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shop_girl 6-11-2020 11:23 AM
Yang kat sini dikelar..kat sana dihempuk..adoiii la apa nak jadi dunia skrg ni
Quote Burong_Hantuk 6-11-2020 11:27 AM
Besor mana lesung Tu?Takziah
Quote Suchi 6-11-2020 11:34 AM
Jahat betul suara ghaib tu,elok2 tengah tidur kena hempuk plak.
Kenapa suara ghaib selalu hasut suh hempuk orang tak plak hasut malam2 buta suh g buat part time cari duit ke apa.
Quote Maideen. 6-11-2020 11:46 AM
Ada juga suara ghoib yang sebenernya menyuroh kita melakukan sesuatu untok mengukur ujian sejauh mana kuatnya iman kita........
Quote Kurex 6-11-2020 02:00 PM
Leluhurrrrr
Quote husna_amal 6-11-2020 03:52 PM
Kesian, mati macam tu sekali disebabkan otak suami tak betul.
Quote dudaberhias 6-11-2020 07:49 PM
siapa2 pernah kena bisikan2 ghaib ni?
kalau ada boleh share experience, sebab iols tak pernah kena tapi curious nak tahu macam mana benda ni boleh affect pada pengaruh minda seseorang...

bahaya weyyy
Quote supernaturalee 6-11-2020 08:18 PM
Burong_Hantuk replied at 6-11-2020 11:27 AM
Besor mana lesung Tu?Takziah

Is it matter now
She's dead anyway

Quote supernaturalee 6-11-2020 08:21 PM
dudaberhias replied at 6-11-2020 07:49 PM
siapa2 pernah kena bisikan2 ghaib ni?
kalau ada boleh share experience, sebab iols tak pernah kena  ...

Suara hati tu kira bisikan jgk ke


Quote miss_rose 6-11-2020 08:26 PM
Tetiba teringat plak dok umh sorg2 laki takda.. terdgr suara laki dlm umh.. tgh msak dgr suara laki pggil ckp ‘ dah siap belum’ (dlm hati bila plak laki aku balik) smbil intai pintu dpn n ruang tamu kosong takda org.. eh, tu tak di kira bisikan ghaib kan
Quote suzycutegal 6-11-2020 11:47 PM
Bahaya betul org skizo ni
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:28 PM
Ramai yg "sakit jiwanya" {:freak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.334035 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top