CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-gara 'Threesome' Anak Sendiri Di Bunuh!

10-11-2020 09:09 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8097| Komen: 38|Original author: Oleh: Cari-Azza


Nasib malang menimpa kanak-kanak perempuan apabila dibunuh dengan kejam di rumahnya sendiri 19 tahun dahulu. Bagaimanapun, ketika itu tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kekurangan bukti. Namun, kematiannya kini terbela dengan penemuan bukti DNA terbaharu.

Menurut laporan Daily Star, Hande Cinkitas, 12, ditemui mati oleh bapanya pada 4 Januari 2001. Lebih menyedihkan, mayat kanak-kanak perempuan itu sangat mengerikan dengan kesan pukul senjata tumpul di kepala, leher dan tangan dikelar serta 13 tikaman di rumahnya sendiri di Icerenkoy, Turki.


Foto : Newflash


Tiada suspek ditangkap dan kes itu kembali disiasat dengan teknologi DNA terkini. Pihak polis memadankan rambut yang terdapat di tangan mangsa yang gagal dipadankan hampir dua dekad, lalu menemui keputusan yang mengejutkan.


Foto : Newflash

Justeru, polis Turki menangkap bapa Handes, ibu tirinya dan jiran mereka, Osman K. Setelah menahan mereka selama empat hari, rahsia terbongkar apabila bapa dan ibu tirinya mengakui telah membunuh anak mereka setelah tidak sengaja masuk ke dalam bilik mereka ketika melakukan hubungan seks bertiga.


Foto : Newflash

Laporan media tempatan menyatakan motif pembunuhan adalah kerana mereka menyedari yang anaknya memerhatikan perbuatan tersebut. Apatah lagi bukti itu juga menunjukkan yang mangsa mengenali pembunuhnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wanokakaka 10-11-2020 09:22 AM
adoi jijik betul
Quote sarah82 10-11-2020 09:24 AM
Sampai sanggup bunuh anak.. Hamjad sungguh
Quote Dwdrum 10-11-2020 09:25 AM
Mahu having sex tidak lock the door... Sebab sendiri bodoh.. ambil nyawa anak.... Poor girl
Quote Atata 10-11-2020 09:29 AM
Tau pulak dorang malu..
Quote ninjago 10-11-2020 09:33 AM
apa punya haramjadah perangai memasing.. anak tu dibunuh secara kejam pulak tu..

apa hukumuan tuk membunuh kt turki? harap kena hukum bunuh skali 3-3.
Quote MoonRise 10-11-2020 09:49 AM
Dah bunuh anak, aman ka hidup 19 tahun tu
Quote pinklepie 10-11-2020 09:55 AM
Alhamdulillah nasib Handes terbela, dengan ini dia boleh bersemadi dgn tenang. Harap kat Malaysia pun boleh buat macam ni, kes-kes lama boleh dibuka kembali dan nasib mangsa bunuh yg masih tidak diketahui pelakunya ditangkap. Semoga pembunuh adik Nurin, adik Sharlinie dan banyak lagi mangsa bunuh ditangkap dan dihadap kemuka pengadilan.
Quote Scheherazade 10-11-2020 09:55 AM
For the adults' mistake, she paid with her life.
Quote KBW2 10-11-2020 10:44 AM
Edited by KBW2 at 10-11-2020 10:46 AM

Dia bunuh anak sbb  apa? Malu?
Nmpak sangat set-set pervert ni semua mmg ada dajal dalam badan mereka.



Quote Buritan 10-11-2020 10:50 AM
KBW2 replied at 10-11-2020 10:44 AM
Dia bunuh anak sbb  apa? Malu?
Nmpak sangat set-set pervert ni semua mmg ada dajal dalam badan mere ...

Relaks dah ngeseks tuu.. romen reramei ok jah.. anak tengok malu la plk
Quote Jitu 10-11-2020 10:52 AM
akhirnya dpt jugak balasan cuma cepat atau lambat je


Quote R2D2 10-11-2020 10:56 AM
jiran pun tumpang sekaki?

melakukan hubungan seks bertiga
Quote Burong_Hantuk 10-11-2020 11:35 AM
laknat........moga mnereput
Quote Artemesiaa 10-11-2020 11:39 AM
Kejamnya dibunuh sebab malu.  Benarlah kata orang buat jahat lambat laun akan terbongkar juga.
Quote naina 10-11-2020 11:48 AM
Rambut tu mmg jd simpanan bukti kes sampai bila2 ek? Tu kalau jumpa rambut. Klu tak jumpa apa2 bukti dna cmne? Kes tutup smpi bila2 la kan. Jumpa diakhirat.
Bagus la teknologi skng. Banyak dah kes terungkai siap tersalah hukum pesalah lagi. Malaysia bila nak buat?
Quote KBW2 10-11-2020 11:56 AM
Buritan replied at 10-11-2020 10:50 AM
Relaks dah ngeseks tuu.. romen reramei ok jah.. anak tengok malu la plk

Entahnyaaa motip buat kat rumah kot ye pun. Euwwww jijiks selayaknya gantung sapai mati.

Quote Suchi 10-11-2020 12:09 PM
Ya ampun sampai sanggup bunuh anak sendiri hanya kerana anak ternampak perbuatan jijik depa.
Patut korang tu yg bunuh diri, tak layak hidup dgn fetish aneh  korang tu.
Quote Suchi 10-11-2020 12:14 PM
pinklepie replied at 10-11-2020 09:55 AM
Alhamdulillah nasib Handes terbela, dengan ini dia boleh bersemadi dgn tenang. Harap kat Malaysia pu ...

Teringat kes tragedi salmah, kes tu pun cam dibiarkan je.
Lebih kurang sama gak budak2 tak sengaja masuk umah jiran ternampak aksi yg tak sepatutnya.
OKT dilepaskan kalau tk salah aman2 je skrg hidup lagi berdasarkan komen org kg dia kt fb la.
Quote Decaffeinated 10-11-2020 12:18 PM
Thread threesome yang bakalan sendu sebab takde paderi

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035431 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top