CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bajet 2021 Macam ‘Rumah Dah Siap Tapi Pahat Tetap Berbunyi’ - Rizalman

10-11-2020 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2771| Komen: 9

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar melihat selepas empat hari Belanjawan 2021 dibentangkan ianya seperti ‘rumah sudah siap tetapi pahat tetap berbunyi’.


Katanya, jumlah peruntukan yang ditawarkan sangat besar tetapi masih tidak memenuhi kemahuan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Tambahnya juga, antara yang hangat dibincangkan oleh rakyat ialah soal pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lanjutan moratorium dan bajet besar untuk JASA.


Kredit foto: UMNO ONLINE

“Saya yakin kemarahan rakyat bukannya kerana soal politik kepartian atau soal siapa perdana menteri. Juga bukan soal untuk memancing undi.


“Mereka lahirkan kekecewaan kerana mereka sedang menghadapi kesusahan. Mereka perlukan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan.

“Mereka perlukan pertolongan untuk menyara keluarga. Mereka hilang pendapatan. Mereka benar-benar terhimpit,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah Rizalman lagi, situasi yang berlaku itu bukan atas kemahuan rakyat tetapi keadaan memaksa mereka sehingga terpaksa meminta-minta.

“Mereka merayu kepada orang yang memegang kuasa,” ujarnya.

Justeru Rizalman menyeru kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mendengar suara rakyat.

“Kepada perdana menteri, dengarlah suara mereka, bantulah mereka.

“Kasihanlah kepada mereka. Mereka yang terkesan jumlahnya sangat ramai. Mereka benar-benar berharap,” gesanya lagi.


Sumber: UMNO ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mosti 10-11-2020 11:49 AM
Ingatkan rizalman ibrahim
Quote tagas 10-11-2020 01:27 PM
tak setel2 lg bajet besar utk jasa

tetap nak tabur dedak jg ke
Quote zidane_ziege 10-11-2020 01:35 PM
dulu nak sgt kerajaan majoriti melayu islam..redho ajelah klu x nk dap memerintah
Quote apam 10-11-2020 01:54 PM
zidane_ziege replied at 10-11-2020 01:35 PM
dulu nak sgt kerajaan majoriti melayu islam..redho ajelah klu x nk dap memerintah

Kersjaan dap lagi elok ke?
Quote bangcak 10-11-2020 01:56 PM
Edited by bangcak at 10-11-2020 01:58 PM

sekejap td mat maslan pon da bagi amaran
KALU NAK KAMI SOKONG SILA REVISE 10-20 ITEM DLM BAJET

menangis la abah cow!



Quote Maideen. 10-11-2020 06:58 PM
Rizalman ni memang senantiasa prihatin akan kelohan rakyat. Macam Zahid Hamidi dan Isa samad jugak..........
Quote zidane_ziege 10-11-2020 11:55 PM
apam replied at 10-11-2020 01:54 PM
Kersjaan dap lagi elok ke?

sama je..dua2 kena maki dgn rakyat..takde beza..

tapi itulah..ingatkan kerajaan ketuanan melayu lobai ni lain la..kah kah
Quote pyropura 11-11-2020 04:04 AM
Sudahlah, ini sandiwara Umno nak tunjuk hero depa pejuang rakyat & nak buat propa Habahcow tak cekap. Semua ni taktik nak dapat sokongan pengundi utk. Pru15 je. Akai
Quote Maideen. 11-11-2020 07:13 AM
pyropura replied at 11-11-2020 04:04 AM
Sudahlah, ini sandiwara Umno nak tunjuk hero depa pejuang rakyat & nak buat propa Habahcow tak cekap ...

Macam orang tak kenal UMNO.............Prrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Pemakan dedak boleh lah auta..........


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067929 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top