Bakat yang dimiliki pengacara, pelawak dan pelakon, Sherry Alhadad, 36, dilihat cukup versatil selama lebih 14 tahun berjuang sebagai anak seni.
Memulakan langkah daripada bawah, namun berbekal bakat, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad perlahan-lahan memberanikan diri mencari ruang dalam dunia seni. Hari ini, Sherry dilihat selesa menapak sebagai pengacara, pelawak dan pelakon, akhirnya bakat versatil yang dimiliki mendapat sokongan peminat. Kelebihan pelakon yang diperkenalkan menerusi telefilem komedi, Sutun pada 2006 melayakkan membolosi tiga kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33. Sherry dicalonkan dalam kategori Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular. Sherry berkata, dia lebih selesa dengan dunia pengacaraan jika dibandingkan dengan tiga cabang seni. "Selesa dengan bidang pengacaraan bukan bermakna saya tak suka berlakon dan dunia lawak. Saya suntik elemen komedi dan santai ketika mengacara. Berlakon pun saya tidak tinggalkan terus. "Cuma, mungkin ada yang berasakan fokus utama saya kepada dunia pengacaraan. Saya akui, satu penghargaan apabila diberi mandat mengacara acara besar seperti ABPBH 2014, Anugerah Juara Lagu, Big Stage, Melodi, Anugerah Planet Muzik, Festival Filem Malaysia dan banyak lagi. "Namun, itu tidak semudah yang disangka. Saya juga dicabar dengan tanggungjawab mengendalikan program bual bicara, The Sherry Show," katanya kepada BH Online. Sherry berkata, rezeki yang dikurniakan bukan tiket untuk bermegah, sebaliknya mencari ruang memperbaiki setiap inci kelemahan diri. "Saya tak boleh hanyut dengan pujian atau kata-kata indah. Saya mahu menjalani hidup dengan realistik. "Saya bukan manusia sempurna, pasti ada kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki," katanya yang hingga kini masih mengacara program Muzik Muzik bersama Haziq Hussni. Mengulas persaingan ABPBH 33, Sherry berkata, ini adalah tahun ketiga berjaya membolosi anugerah berprestij anjuran akhbar BH yang akan berlangsung, Jumaat ini. Katanya, dia terkejut apabila namanya diumumkan antara senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi, baru-baru ini. "Secara peribadi, saya tak sangka undian peminat sehebat ini. Saya terkejut besar apabila dimaklumkan nama saya dalam senarai 10 artis yang menerima undian tertinggi. Peminat saya tak ramai, malah ahli kelab peminat, Sherrylicious FC tak sampai berapa kerat, tetapi mereka berusaha gigih. "Usaha besar, tak sama padan dengan jumlah yang ada. Saya berterima kasih kepada Sherrylicious FC. Saya selalu beritahu kepada mereka, kita sama-sama berusaha. Ia menjadi bonus sekiranya ada yang suka dan ikhlas mengundi secara diam. "Sekarang, masa semakin suntuk, jadi alang-alang berjuang, kami akan melakukan perang undi habis-habisan. Cuma dalam pertandingan, saya tak suka letak harapan. Pada akhirnya, tawakal dan berserah dengan usaha yang sedang giat dilakukan," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
beta_carotene replied at 13-11-2020 12:47 PM
Tak sangka pembawa watak Yam dlm drama Sutun 2 tu blh jadi segah ni.
Sian Yam dh dekat nk kahwin ...
bemyself replied at 13-11-2020 01:20 PM
sherry ni pengacara yg sngat bagus...apa tasks pun bgi kat dia smua menjadik..
kiah_mai_pulak replied at 13-11-2020 12:59 PM
zulin terdampar pula tercalon berapa kategori??
cikperiukkera replied at 13-11-2020 01:54 PM
Yg ni dh lama terciduk chuolszahhhhh...produk seni yillekkkk tp cerita jantan & kuyusss jer yg sel ...
beta_carotene replied at 13-11-2020 12:47 PM
Tak sangka pembawa watak Yam dlm drama Sutun 2 tu blh jadi segah ni.
Sian Yam dh dekat nk kahwin ...
GegarVaganja replied at 13-11-2020 01:05 PM
Ganja akan sentiasa ingat sheolls jadi BUDAK INTERN pada Dira Abu Zahar dalam 100 Hari Jadi.
"Waaaa ...
ADVERTISEMENT