CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Adam Nafi Rumah Tangga Goyah

28-10-2013 03:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31126| Komen: 169




MENGUCAP panjang apabila membaca kisah rumah tangga pasangan pengantin baharu, Adam AF2 dan isterinya Fiza (bekas anggota kumpulan Elite) yang kini dikatakan sedang goyah tersenarai dalam sebuah akhbar tempatan keluaran Ahad lalu.

Penulis akhbar tersebut mendakwa memperoleh berita tersebut (rumah tangga Adam, Fiza goyah) daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baharu.

Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut menyebut Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, berbual dengan bekas kekasih ketika mereka secara kebetulan bertemu di sebuah stesen minyak.

Pergaduhan yang disifatkan penulis itu seperti ‘perang dunia ketiga’ bermula apabila pasangan tersebut pulang ke rumah.

Sumber kepada penulis itu juga memaklumkan, semasa pertelingkahan antara Adam dan Fiza terjadi, penyanyi yang kini mempunyai sebuah pusat perubatan Islam sendiri iaitu Nur Khalifah Al-Hasani di Kota Damansara, Selangor itu sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif.

Akibatnya, mereka bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya.

Sumber tersebut juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu. Akibatnya, rumah tangga pasangan suami isteri yang berlangsung kira-kira sebulan lalu itu goyah.

Adam dan Fiza, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pada 26 September lalu.

Enggan peminat membuat pelbagai andaian buruk, Kosmo! cuba menghubungi Adam untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

Adam yang sedang menjamu selera bersama isteri dan dua anak tirinya, Ferra Arynna, 5, dan Feeeya Adyrra, 4, ketika dihubungi, tersentak tatkala diberitahu akan hal itu.

Kosmo!: Adam, sila komen mengenai dakwaan yang mengatakan rumah tangga anda kini sedang goyah?

ADAM: Apa yang terjadi antara kami (Adam dan Fiza) tidaklah sehingga rumah tangga menjadi goyah.

Jadi, adakah benar pertelingkahan terjadi selepas Fiza bertemu dan berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak?

Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya (Fiza).





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangcomel 28-10-2013 08:46 AM
masih lg teringat cite rekaan Fiza tak jd kawen ngan lelaki yg tak wujud tu
hehe
Quote jerukkedondong 28-10-2013 08:50 AM
both pls la byk2 bersabar ye....
Quote ushioz 28-10-2013 08:50 AM
kuda akan kekal kuda juga
Quote tapibukanaku 28-10-2013 08:51 AM
musangcomel posted on 28-10-2013 08:46 AM
masih lg teringat cite rekaan Fiza tak jd kawen ngan lelaki yg tak wujud tu
hehe

iols pun teringat. terkejut sampai camtu sekali rekaannya
Quote tapibukanaku 28-10-2013 08:51 AM
ushioz posted on 28-10-2013 08:50 AM
kuda akan kekal kuda juga

maksud uols?
Quote cronix 28-10-2013 08:53 AM
cpt je wartawan ni 'tulis rumahtangga goyah'.. biasa la tu suami isteri gaduh2. tak semestinya goyah...
Quote mizmini 28-10-2013 08:53 AM
adam tergugat kot..
apa salahnya joint sekali conversation tu...
nampak la gentle sket
Quote greantea 28-10-2013 08:53 AM
"Perang dunia ketiga bermula apabila pasangan itu pulang ke rumah."

Sampai ke rumah diorg follow ye sbb nak cerita.
Quote salimrock 28-10-2013 08:54 AM
konon2 warak la pakai saraban...

sama la mcm ex-pekerja david teo tu..dah dapat anak dulu, pastu bajet warak bersaraban bagai...
Quote azie.dz 28-10-2013 08:55 AM
aikkk....dah kawin tu cuba jgn gedik nak ckp ngan bekas kekasih...

cari pasal la gamaknya...ko tu bukan la sesuci embun sgt...agak2 la kann

opsssss...ganas lak laharan pepagi ni
Quote mitnick 28-10-2013 08:55 AM
aik xkan tego ex boipren kat stesyen minyak pon nk mrh? bkn ade mende pong
Quote peah311 28-10-2013 08:58 AM
Saya tidak reda dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan.

Jangan kerana mahu menjual akhbar sanggup memporak-perandakan rumah tangga orang. Bayangkan akhbar tersebut dibeli beratus-ratus ribu orang dan kisah rumah tangga saya dibaca.



harap wartawan2 sekalian paham la..berdosa tau bercerita bende x betol walaupun gossip (benda yang tak sohih)..
Quote AbukRokok 28-10-2013 08:59 AM
sapa tak tergugat dengan sejarah steri semacam gitu...
Quote tapibukanaku 28-10-2013 09:00 AM
azie.dz posted on 28-10-2013 08:55 AM
aikkk....dah kawin tu cuba jgn gedik nak ckp ngan bekas kekasih...

cari pasal la gamaknya...ko tu ...

pepagi da ganas da uols..moteppp?



adam pun satu, mesti dia tau kisah isteri dia sebelum dan selepas. so tak payah fefeling sgt dapat isteri yg tiada sebarang rekod.
terima je lah seadanya. love at the first sight kan..
Quote azie.dz 28-10-2013 09:00 AM
AbukRokok posted on 28-10-2013 08:59 AM
sapa tak tergugat dengan sejarah steri semacam gitu...

kannnnnnnn....

sejarah isteri bukan la sesuci embun sgt...so isteri tu agak2 la kan
Quote tapibukanaku 28-10-2013 09:00 AM
salimrock posted on 28-10-2013 08:54 AM
konon2 warak la pakai saraban...

sama la mcm ex-pekerja david teo tu..dah dapat anak dulu, pastu  ...

tambahan..

ada pusat perubatan Islam
Quote azie.dz 28-10-2013 09:03 AM
tapibukanaku posted on 28-10-2013 09:00 AM
pepagi da ganas da uols..moteppp?

tak ada apa2 motep ahaksssss...

tp isteri pon agak2 la kan..sejarah ko bukan la bersih sgt
Quote mangkuk_ayun22 28-10-2013 09:07 AM
wartawan pun gampang..................... buat fitnah je lebih..
Quote tomet05 28-10-2013 09:07 AM
BERABARLAH WAHAI HATI

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068121 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top