CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Bawang Besar India Melambung Lima Kali Ganda

23-11-2020 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4484| Komen: 26

Harga bawang besar India di sekitar Johor Bahru meningkat hampir lima kali ganda berikutan kekurangan stok sejak dua minggu lalu.

Satu guni lima kilogram bawang besar India pula kini dijual dengan harga RM26.90 berbanding antara RM13 hingga RM16 sebelum ini.

Harga bawang besar India dijual pada harga RM3 hingga RM4 sekilogram, namun ia meningkat kepada RM8 sekilogram, sejak tiga minggu lalu.


Gambar hiasan

Tinjauan di pasar awam dan kedai runcit di kawasan Kampung Melayu Majidee mendapati banyak premis di pasar, selain kedai tidak lagi mempunyai stok bawang besar India untuk dijual.


Di beberapa kedai runcit juga didapati stok bawang besar India hanya tinggal sedikit dengan harganya amat mahal berbanding biasa.

Peniaga kedai runcit, Muhd Ridzuan Ismail, 28, berkata harga bawang besar India meningkat mendadak sejak tiga minggu lalu.

"Sebelum ini harga bawang besar India RM3 hingga RM4 sekilogram, sekarang meningkat kepada RM8 sekilogram, sejak tiga minggu lalu.

"Kedai saya pun terputus bekalan bawang besar India, sejak seminggu lalu dan kini yang sampai pun sangat sikit berbanding dahulu penuh tong besi di kedai saya yang berisi stok bawang besar India.

"Jika dulu, ada beg guni dua kilogram (kg) dan 10 kg namun kini bekalan bawang besar India hanya ada beg guni lima kilogram sahaja dan ini pun hanya ada kurang lapan beg guni yang tinggal.

"Tiga empat bulan lalu, harga satu beg guni lima kg bawang besar India dijual di bawah RM10, namun kini melonjak kepada RM26.90.

"Ramai juga pengguna merungut, namun saya pun tidak boleh berbuat apa-apa kerana harganya memang melonjak naik daripada pembekal," katanya ketika ditemui di kedainya.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima laporan pengguna harga bawang India meningkat kerana bekalan bawang dari negara itu dilaporkan agak berkurangan.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata, ia berikutan kebanyakan kawasan pengeluar bawang di India sedang menghadapi bencana banjir menyebabkan bekalan bawang daripada India terjejas.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 23-11-2020 06:15 PM
Skrg bawang mahal tapi kualiti tak elok pun..mcm bawang lama. Terpaksa pilih jgk dh itu je yg ada
Quote Artemesiaa 23-11-2020 06:21 PM
matchstick replied at 23-11-2020 06:15 PM
Skrg bawang mahal tapi kualiti tak elok pun..mcm bawang lama. Terpaksa pilih jgk dh itu je yg ada

Betul tu ada sesetengah peniaga yang dah tumbuh daun bawang pun tetap dijual
Quote TOPwind 23-11-2020 06:23 PM
orderlah dari Neitherland
cntik dan frest.
Quote renko 23-11-2020 06:23 PM
belum lg yg sakai datang pilih2
kopek2 kulit pastu xambik pun
cepat rosak la jadinye
Quote PristineOne 23-11-2020 07:02 PM
Order la dari Tonga.... fresh
Quote paiayam 23-11-2020 07:04 PM
Kemarin pi stock up groceries. Beli bawang ros tu, rm 17.90 sekilo. Bawang pn x cantik mana, lembek2 je, jenuh pilih
Quote sarah82 23-11-2020 07:07 PM
Aku guna bawang Belanda saja
Quote lavendernovella 23-11-2020 07:47 PM
Moh lah kita tanam bawang sendiri. Riki2 ada jual benih kat shoppee.
Quote Cassieopeia 23-11-2020 07:52 PM
memang guna bawang holand je la..
Quote nefnefnef 23-11-2020 08:30 PM
Jgn nanti makanan sume naik harga {:hero
Quote potpetpotpet 23-11-2020 09:18 PM
matchstick: Skrg bawang mahal tapi kualiti tak elok pun..mcm bawang lama. Terpaksa pilih jgk dh itu je yg ada


Most of kedai aku pergi memang bawang dah lebam lembik. Dari jaya grocer, aeon, tesco sampai la kedai acheh sama je. Last2 aku beli bwg holland je.
Quote AbukRokok 23-11-2020 09:32 PM
kurangkan bawang dalam masakan
tambahkan membawang dalam kehidupan harian
Quote AbukRokok 23-11-2020 09:34 PM
nefnefnef replied at 23-11-2020 08:30 PM
Jgn nanti makanan sume naik harga {:hero

xpe... skrg ada alasan kukuh nk naik harga - penjara kan so sial
Quote orgsepang 23-11-2020 09:42 PM
Dah boleh buat sebagai salah satu hantaran dah ni.
Quote RatuDunia94 23-11-2020 10:06 PM
Malaysia x boleh tanam ke bawang ni?
Quote Catpaw 23-11-2020 10:22 PM
Jual bawang blend dalam tin la...
Quote Cekla 23-11-2020 10:49 PM
laaa..patut la mahal bebenor bawang besar sekarang.. sebelum ni seguni 2kg tu baru 3.90-5.90..last week husband beli 9.99..terkejut badak.. dah la kita jenis pakai bawang banyak
Quote Lalalili66778 24-11-2020 01:15 AM
Hrga bawang naik akanan pun naik nanti dah untung bila pkp mulalah meroyan
Quote Megikari 24-11-2020 05:34 AM
Honestly aku tak tau apa beza bawang2 ni. Aku belasah pakai bawang holland je kalau masak. Sama macam bawang kecik, mana yg ada kat kedai aku main beli je.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.073829 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top