CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buat Duit Pakai Handphone Je, Ramai Tertipu Skim Isharefans

27-11-2020 11:37 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 7633| Komen: 37|Original author: Oleh: rikuren


Sebelum ini, tular di media sosial sebuah laman web yang menjanjikan duit percuma dikenali sebagai Isharefans yang mana ianya berjaya mempengaruhi ramai orang disebabkan termakan umpan.

Hanya perlu daftar sebagai ahli dan melaksanakan beberapa tugas seperti tonton dan like serta tangkap layar skrin. Kemudian, anda akan menerima wang ganjaran. Fuh, takkanlah senang sangat nak dapat duit?
Kredit foto: Google

Rupa-rupanya, sebagai ahli biasa yang tidak melanggan pakej mereka hanya boleh melaksanakan tiga tugasan sehari sahaja dengan ganjaran sebulan tidak mencapai RM100. Jadi, untuk meningkatkan wang ganjaran, ahli sedia ada hanya perlu upgrade akaun mereka dengan mengambil pelbagai pakej Silver, Gold dan Diamond.


Harga pakej tersebut bukanlah murah pula tu. Untuk upgrade akaun, anda perlu membayar sehingga RM9,900 untuk mendapat hasil sehingga RM11,514. Bila tengok hasil yang bakal diperolehi, ramailah yang termakan umpan. 


Kredit Foto - Qiya Saad

Pada peringkat awal, ramai yang sudah berjaya menebus wang ganjaran mereka dan mungkin sudah dapat pulangan modal. Tetapi, baru-baru ini, ramai ahli Isharefans berkongsi kegusaran kerana tidak dapat mengeluarkan wang mereka.  


Kredit foto: Twitter

Ini berikutan pengumuman menerusi laman web rasmi syarikat itu yang menyatakan bahawa disebabkan COVID-19 maka proses pengeluaran wang sedikit lewat. Ia menyebabkan ahli Isharefans kini mendakwa Isharefans sebenarnya merupakan satu taktik penipuan atau scam.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Pada yang sudah melabur duit, pasti tidak senang duduk memikirkan bagaimana untuk mendapat kembali wang masing-masing. Ada juga yang sudah mengajak ahli Isharefans lain untuk membuat laporan polis.

Ramai merasakan kesusahan terutama dari segi kewangan disebabkan Pandemik COVID-19. Dalam keadaan ini, ramai scammer mengambil peluang atas desakan hidup orang ramai dengan menjanjikan pelbagai pulangan lumayan.

Sebaiknya, anda harus bijak menilai setiap tawaran yang diberikan. Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya melainkan dengan usaha yang konsisten dan berpanjangan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 27-11-2020 11:42 AM
Ohhhoooo..nasib ai xjoin.. buat y free jah..sambil berserah pd nasib..{:smile
Quote prettyuglybabe 27-11-2020 11:59 AM
zaman ekonomi down ni, sapa la nak bagi duit free gitu..
bil tepon pun kena bayar..
Quote c===8 27-11-2020 12:10 PM
scammer jahanam ni tak tinggal perkataan 'alhamdulillah'
Quote Artemesiaa 27-11-2020 12:12 PM
Memang tak layan benda2 cam ni dah tahu mesti scammer
Quote kucingitam 27-11-2020 12:20 PM
sikit masa dulu ada geng yg macam ni juga.. guna google click. Bloggerz ke apa nama dia tah. kau buat blog pape, masukkan google ads dalam tu. pastu ajak ramai2 klik kat ads tu, kau klik tiap2 hari pun boleh. pastu nanti dapat duit.

ada kawan aku terjebak walaupun aku kata takyah..lebur duit..
Quote Cenderakirana9 27-11-2020 12:22 PM
Nampak orang share pasal ni dulu. Tapi i rasa meragukan sangat.
Quote merrissa 27-11-2020 12:23 PM
pandai la sp yg buat app ni

yg bodoh sapa yg join

mana ad duit free....nak duit utk teruskan hidup pon amik kat kwsp sendiri....
Quote kakikuDibibirmu 27-11-2020 12:24 PM
Melayu dengan bodoh berpisah tiada
Quote husna_amal 27-11-2020 12:25 PM
Tak berapa faham, yang jadi mangsa ni orang yang buat task je ke? Macam fanpage, youtubers atau lain2 tu terkena kesan sama ke?
Quote Atata 27-11-2020 12:30 PM
husna_amal replied at 27-11-2020 12:25 PM
Tak berapa faham, yang jadi mangsa ni orang yang buat task je ke? Macam fanpage, youtubers atau lain ...

Hm good question.. youtube2 page yg minta like tu mesti ada kerjasama ngan isharefans ni kan.. haha maybe dorang pn terkena jgk
Quote Rara77 27-11-2020 12:31 PM
Dekat instagram ramai share dh dpt pulangan silap2 geng mereka tu sama sama scam bg review baik punya sembang babi boleh terbang
harap kena tangkap
kesian budak budak sekolah yang banyak join ni
konon bosan duduk rumah duit mak pak yang labur habis lebur
Quote cmf_premierleag 27-11-2020 01:16 PM
c===8 replied at 27-11-2020 12:10 PM
scammer jahanam ni tak tinggal perkataan 'alhamdulillah'


lagi satu ayat scammer MLM:
"cina dah lama buat ni sbb tu depa kaya.melayu je tak tau dan x nak kongsi ilmu"
Quote mamajawie 27-11-2020 01:50 PM
benda alah ni da la minta no akaun bank kita..opkos la aku xnak join wlaupun ipar duai aku soh join skali..& satu lagi apps fingo kepala bana under TOK BELON tu sah2 la barang dari china tapi rega yahudi sbab pakai sistem MLM..sedara aku ade sorang beria soh aku join malas la hai..ingat aku ni achik2 kepam jnis uneducated pasal scam2 ke?tolonglahhhhh
Quote Buritan 27-11-2020 01:52 PM
salmon-suki replied at 27-11-2020 11:42 AM
Ohhhoooo..nasib ai xjoin.. buat y free jah..sambil berserah pd nasib..{:smile

Aku buat yg free dua hari jah.. pas tuu aku malass.. hahaha.. sah sah scam
Quote Belibis 27-11-2020 01:57 PM
merrissa: pandai la sp yg buat app niyg bodoh sapa yg joinmana ad duit free....nak duit utk teruskan hidup pon amik kat kwsp sendiri....

Atuk95 dah banyak kali cakap..mana ada orang bagi duit percuma.kena kejaaa,jangan malas,harap tongkatttttt.
Quote renko 27-11-2020 02:02 PM
hahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahaha
Quote kakikuDibibirmu 27-11-2020 02:04 PM



Quote famri7 27-11-2020 02:07 PM
As usual ummah saracen bodoh termakkan walaipun upannya tahik hanjeng...balassan elohim yang mereka tak nampak.
Quote salmon-suki 27-11-2020 02:38 PM
Buritan replied at 27-11-2020 01:52 PM
Aku buat yg free dua hari jah.. pas tuu aku malass.. hahaha.. sah sah scam

Aah sis..buat y free jah..ai xtaw laa ada kwn ai y baru je recharge..dpt balik modal ke tak..tp agak cepat jgk benda ni terbongkar...msti dorg dah capai target profit tu..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.044212 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top