|
Tindakan lelaki berkopiah menembak anjing turut mendapat perhatian peguam dan aktivis Siti Kasim.
Siti Kasim atau Siti Zabedah Kasim, 57, menerusi laman sosialnya mengecam tindakan lelaki berkenaan adalah tidak wajar. “Mengapa? Jika kamu orang beriman, kamu tidak akan berkelakukan begini. “Apa guna tembak anjing yang tidak mendatangkan bahaya. Halau mereka sahaja dah cukup,” katanya.
Memetik laporan ProjekMM, lelaki itu boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2005 dan berdepan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya jika didapati bersalah. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068190 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.