CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Boleh Mati Mengejut, Bob Lokman Minta Maaf Daripada Semua

28-11-2020 10:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7681| Komen: 38|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.


Luah pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman mengenai keadaan kesihatan terkininya kepada Harian Metro. 


Seniman berusia 56 tahun ini baru dibenarkan keluar hospital semalam (jumaat) selepas dua hari ditahan akibat masalah jantung.



Foto : Harian Metro

"Saya ada masalah jantung sejak tahun 1998. Rabu lalu, pertama kali saya berdepan situasi jantung berdegup kencang. Masa nak ambil wuduk, tiba-tiba saya pitam kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila tersedar, saya macam lupa apa yang nak buat."

Menurut Bob lagi, dadanya semakin sakit hingga ke belakang, jadi dia meminta sepupunya menghantarkannya ke bahagian kecemasan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


Katanya, selepas dirawat, doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tidak stabil. Lalu, doktor menyarankan agar dipasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung.


Bagaimanapun, keseluruhan kos mencecah RM60,000, sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.


"Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak jadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma, apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma."


Foto : FB Sahabat M Nasir


Bob turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Muslim Care Malaysia dan rakan-rakan penderma yang sudi membantu.


Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56, juga memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya ketika zaman kegemilangannya di kaca TV mengguris hati.


"Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV."


Semoga urusan Bob dipermudahkan hendaknya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 28-11-2020 10:06 AM
semoga pnjng umur dan murah rezeki
Quote kucingitam 28-11-2020 10:18 AM
semoga dipermudahkan segala urusan abg Bob.
Quote shernazz 28-11-2020 10:27 AM
Bob ni ke yang tulis lirik rashidah utama?
Quote tobobon 28-11-2020 10:29 AM
astaga..hidup lagi rupanya heols..sbb meols mcm slalu nampak pasal dia mcm dah nak meninggal dunia..maafkan meols

meols doakan heols cepat sembuh
Quote doubleA 28-11-2020 10:36 AM
shernazz replied at 28-11-2020 10:27 AM
Bob ni ke yang tulis lirik rashidah utama?

Aah dia la
Quote doubleA 28-11-2020 10:37 AM
Semoga dapat bantuan dan sembuh cepat. Muda lagi umurnya cuma mungkin sakit tu nampak uzur. Kertu lagi mnasir
Quote helicornia 28-11-2020 10:43 AM
[quote]tobobon: astaga..hidup lagi rupanya heols..sbb meols mcm slalu nampak pasal dia mcm dah nak meninggal dunia..maafkan meols meols doakan heols cepat sembuh : ...[/quote
no worries sis.dia mmg byk kali sakit teruk sampai koma segala tak hairan la org ingat dh takde.apapun moga abg bob sembuh
Quote sukacactus 28-11-2020 10:48 AM
tobobon replied at 28-11-2020 10:29 AM
astaga..hidup lagi rupanya heols..sbb meols mcm slalu nampak pasal dia mcm dah nak meninggal dunia.. ...

Ank yg selalu bantu dia berniaga, yg meninggal aritu
Arwah ank dia pun ada penyakit jg
Quote Nnasda53 28-11-2020 10:50 AM
Semoga di permudahkan segalanya urusan oleh Allah swt.
Quote KIM.K 28-11-2020 11:12 AM
Abg bob ni lama kena tahan di hospital uitm sg buloh dulu
selalu bagi salam kesian kat dia dah 10 tahun kot keluar masuk wad
Quote bambimo 28-11-2020 11:17 AM
Bob ni Power kan tulis lirik
Tmn rashidah utama, pada syurga di wajahmu
Semoga dipermudahkan urusan
Quote makcun14 28-11-2020 11:33 AM
Isabella pun dia yang tulis kan ... perghh me ols ingat zaman kanak kanak ribena dulu, abang bas sekolah tunggu kat luar pagar .Dia nyanyi Isabella sambil nak ngorat akak jual  ice cream.. bila tanya kat abang tu, dia cakap kat i ols  "ko tau tak lagu ni? ko pegi kat sana beli ice cream cakap aku belanja kakak tu,tuju lagu ni kat kakak tu." lepas tu dengan aku aku sekali dapat ice cream free haha.  Nostalgia sangat zaman 90an.

Quote diss69 28-11-2020 03:14 PM
Moga dipermudahkan urusan bob lokman dan ada penderma sudi hulurkan bantuan..
Quote annadonna 28-11-2020 03:49 PM
Dia pernah kata Rich AF tu munafik sebab main gitar miming atas stage. Terkedu Rich
Semoga dipermudahkan urusan dan lekas sembuh.
Quote TerataiMelur02 28-11-2020 04:09 PM
Bob lokman ni bukan kaya raya ke? Jangan salah faham.. Sebab i tengok zaman muda dulu heols job lebat jugak
Quote zuri154 28-11-2020 07:24 PM
Abg bob, iols pun nk maaf byk2 kt abg bob kalau ada mengata, mengumpat abg bob selama ni kt porem atau luar porem.
Quote pittjie 28-11-2020 07:52 PM
makcun14 replied at 28-11-2020 11:33 AM
Isabella pun dia yang tulis kan ... perghh me ols ingat zaman kanak kanak ribena dulu, abang bas sek ...

Abang tu dapat Tak ngorat akak jual aiskrim tu? Maksud ya.. akak tu layan Tak?
Quote ezacbee 28-11-2020 08:24 PM
Kaki pow ni.. tapi hobi kami mengumpul setem
Xbleh blah watak bob dlm cite pi mai pi mai tang tu
Quote Belibis 28-11-2020 09:15 PM
makcun14 replied at 28-11-2020 11:33 AM
Isabella pun dia yang tulis kan ... perghh me ols ingat zaman kanak kanak ribena dulu, abang bas sek ...

Berjaya tak abang bas kawin dengan akak ais krim?
Semoga abg bob diberi kesembuhan.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.159414 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top