Tujuh sekeluarga yang sedang menikmati masa bersama di rumah dikejutkan dengan bunyi letupan kuat pada Rabu lalu. Menurut seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Chook, 30, dia mendengar letupan kuat di luar kediamannya di Taman Setia Indah, Johor Bahru sekitar pukul 9 malam.
Selepas bergegas keluar, dia mendapati bahagian hadapan keretanya sedang terbakar. "Pada mulanya saya fikir ada kerosakan pada kereta sehingga ia terbakar. Kemudian saya menerima video yang dikirim oleh satu nombor telefon Singapura, menunjukkan seorang lelaki membakar kereta saya. "Penghantar mesej itu memberitahu suami saya yang juga buruh binaan di Singapura berhutang $4,000 (RM12,176) dan mengancam membahayakan nyawa kami jika ia tidak dibayar," ujarnya. Wanita itu berkata demikian sewaktu sidang media yang dianjurkan oleh Biro Pengaduan Awam MCA Pasir Gudang pada Isnin.
Ujarnya, Ah Long tersebut turut mempunyai foto kad pengenalan dan permit kerja suaminya. Malah, mereka turut menuntut S$3,000 (RM9,140). Tambahnya, dia percaya maklumat suaminya telah disalah guna memandangkan ia hanya dihantar kepada majikannya untuk tujuan kerja. "Kami buat keputusan memindahkan S$3,000 kepada Ah Long pada keesokan harinya, walaupun kami tidak meminjam wang kerana bimbang keluarga kami akan diapa-apakan," ujarnya. Ujar Chook, keretanya yang terbakar perlu dibaiki dengan kos RM20,000. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Sumber: mStar
|
sharlenetexas replied at 1-12-2020 01:33 PM
Ah lonh singapore rentas sempadan?
R2D2 replied at 1-12-2020 03:22 PM
isu2 Ah Long
isu2 bunuh diri
memang tak berbunyi DAP
sharlenetexas replied at 1-12-2020 01:33 PM
Ah lonh singapore rentas sempadan?
ADVERTISEMENT