CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Panjat Keluar Tingkap Tingkat Enam Kerana Diganggu Rakan Mabuk

3-12-2020 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2291| Komen: 9

Seorang lelaki warga Indonesia bertindak memanjat keluar tingkap dari tingkat enam sebuah pangsapuri hari ini kerana diganggu rakan serumah yang mabuk.


Gambar hiasan


Dalam kejadian berlaku di Bukit Indah itu, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memujuk mangsa berusia 32 tahun agar kembali memasuki rumah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Azlan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 7.28 pagi.

Katanya, lapan anggota beserta sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, didapati seorang lelaki warga Indonesia telah keluar tingkap di tingkat enam sebuah kediaman.

“Siasatan mendapati mangsa bertindak sedemikian selepas diganggu rakan serumah yang mabuk,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Tambah beliau, anggota bomba kemudian mengambil masa kira-kira dua minit untuk memujuk mangsa agar kembali memasuki rumah.

“Operasi menyelamat ini ditamatkan pada pukul 7.58 pagi selepas memastikan keselamatan mangsa,” ujarnya.


Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-12-2020 03:17 PM
Mabuk kat rumah pun menyusahkan orang lain jugak.
Quote Nahnukutu 3-12-2020 03:20 PM
bau ikan ka bau tempe ni....

Quote Artemesiaa 3-12-2020 03:20 PM
Mungkin dia rasa disitu tempat paling selamat buatnya dari nak kena hadap orang mabuk
Quote imransulaiman 3-12-2020 03:25 PM
Diganggu nak disetubuhi ke? Ke gangguan yang annoying?
Quote sarah82 3-12-2020 03:35 PM
Pemabuk ni.. Mana2 pun menyusahkan org lain.. Bising2 bila mabuk.. Geram aku.
Quote lattehazelnut 3-12-2020 08:49 PM
Kenapa xkeluar ikut pintu?
Quote kualibesi 4-12-2020 11:20 AM
x, masalahnya skrg knapa kuo ikut tingkap? ke pintu da kne kunci or sipemabuk duduk depan pintu? aahahaha
Quote husna_amal 4-12-2020 11:48 AM
Macam dia pula yang mabuk keluar ikut tingkap macam tu.
Quote AppropriateNick 5-12-2020 03:07 PM
husna_amal replied at 4-12-2020 11:48 AM
Macam dia pula yang mabuk keluar ikut tingkap macam tu.

maybe kawan dia dok raba2 ke atau mcm lalok2 camtu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.182022 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top