CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Sebagai Juri Pun, Kadang-kadang Terkejut" - Datuk Syafinaz Selamat

7-12-2020 05:28 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19549| Komen: 91|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Bila dalam sebuah pertandingan, kita yang duduk di kerusi juri pun, kita tak tahu berapa orang sebelah (juri lain) kasi markah."


Itu penjelasan juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat mengenai markah penjurian di pertandingan separuh akhir Gegar Vaganza (GV) yang mengejutkan semalam.

Menyaksikan tiada penyingkiran membuatkan ketujuh-tujuh finalis mara ke peringkat akhir dan ianya pertama kali berlaku sejak GV dianjurkan pada tahun 2014 lagi.


Foto : IG


Menurut Syafinaz lagi, dia sendiri tidak menyangka keputusan itu kerana setiap juri mempunyai kriteria berbeza, seperti yang diceritakan dalam segmen GV Live sejurus tamat pertandingan.

"Jadi, markah itu personal kan? Kadang-kadang kita sebagai juri pun akan tanya oh! markah peserta ini di sini? Padahal mungkin saya letakkan dia di atas, juri lain letakkan dia di bawah."


Foto : IG

Syafinaz turut memberikan beberapa nama yang disifatkan menunjukkan peningkatan berbanding minggu lalu.

"Saya tak menonton persembahan mereka dari awal, tapi minggu lepas saya ada di sini dan minggu ini dia ada perubahan yang besar. Selain itu, Ayu dan Ashira juga lebih baik. Mungkin kerana pemilihan lagu yang bersesuaian."


Foto : IG

Tidak menolak GV adalah program pertandingan yang penuh kejutan, namun itulah yang memberi kelainan dan keseronokan.

"Pada saya, ia lebih seronok dengan adanya elemen kejutan itu. Untuk menjadi juara, saya rasa dia perlu menarik minat kita menonton persembahannya dari mula sampai akhir."


Foto : IG

Nampaknya semakin banyak teka-teki dalam GV dan pastinya ramai tidak sabar untuk menonton pertandingan akhir yang julung kalinya menampilkan tujuh finalis serta segmen duet bersama juara-juara GV yang lalu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 7-12-2020 06:21 PM
yang penting Syafinaz Selamat memang gojes! iols suka karakter dan pembawakan diri sheols di khalayak umum. Ada persona sebegitu...
Quote iza.moha 7-12-2020 06:34 PM
Dkt blog dia xde updated lg markah semifinal
Quote TomyamPuteh 7-12-2020 07:20 PM
Tok Ram dan Tok Kat dh x relevan.
Quote URUHA 7-12-2020 07:23 PM
Ganti je la Tok Ram dgn Tok Kat tu dengan Tok Sir & Tok Pinaz. Nampak sgt Tok Ram & Tok Kat tu bias
Quote beatgirlX 7-12-2020 08:39 PM
Bila da terlalu selesa sampaikan terlupa utk mengadili dgn adil..tq Syafinaz atas Komen jujur
Quote orenmango 7-12-2020 08:53 PM
Tak payah juri lain kali. Astro umum pemenang siap-siap sambil kita tengok drama tiap minggu je.
Quote stingerXIM 7-12-2020 09:08 PM
The very fact that tok ram did not even take long to get back to his seat just before the announcement of results, showed that they(the production team and tok ram) have already decided to have all the 7 contestants to be in the finals...even before the semi finals started....and because they have all along planned the scheme of layouts for the finals....to include all the 7 semifinalists.



Quote stingerXIM 7-12-2020 09:12 PM
URUHA replied at 7-12-2020 07:23 PM
Ganti je la Tok Ram dgn Tok Kat tu dengan Tok Sir & Tok Pinaz. Nampak sgt Tok Ram & Tok Kat tu bias  ...


Its getting all too predictably unpredictable.....and so they think this is the way to sustain the strong followings of the programme...
Quote Normabaru 7-12-2020 09:13 PM
Tok pinaz nmpk lawa plak dlm ni.. Dia da tawen ke masih solo?
Quote miu84 7-12-2020 09:15 PM
Sapa tengok citer korea 'the penthouse'? Muka guru vokal watak jahat tu seiras dgn tok pinas, kan? Lawaaa
Quote mis_j_alexanda 7-12-2020 09:20 PM
Normabaru replied at 7-12-2020 09:13 PM
Tok pinaz nmpk lawa plak dlm ni.. Dia da tawen ke masih solo?

Anak dara sunti uolls...
Quote kirana_22 7-12-2020 09:23 PM
Rancangan gah2 sebegini mana mungkin tak ada perancangan atau plan di pihak produksi. Tak mungkin real 100%... kalau tak rating rancangan tak naik. Kena ada unsur drama & beberapa org mgkin dh diplan dari awal utk stay smpai final. Ini pndapat iols je..
Quote stingerXIM 7-12-2020 09:25 PM
Normabaru replied at 7-12-2020 09:13 PM
Tok pinaz nmpk lawa plak dlm ni.. Dia da tawen ke masih solo?

Nak pinangkan utk laki kewww?

kahkahkahkah
Quote Normabaru 7-12-2020 09:27 PM
stingerXIM replied at 7-12-2020 09:25 PM
Nak pinangkan utk laki kewww?

kahkahkahkah

Tanya utk manak jew..
Quote Normabaru 7-12-2020 09:29 PM
mis_j_alexanda replied at 7-12-2020 09:20 PM
Anak dara sunti uolls...

Oic.. Well she looks happy no bad record etc..
Quote cabai7 7-12-2020 09:29 PM
miu84 replied at 7-12-2020 09:15 PM
Sapa tengok citer korea 'the penthouse'? Muka guru vokal watak jahat tu seiras dgn tok pinas, kan? L ...

hahhahhahah ye sejibik sejibun....jahat gile
Quote miu84 7-12-2020 09:38 PM
cabai7 replied at 7-12-2020 09:29 PM
hahhahhahah ye sejibik sejibun....jahat gile

Drama sangat cerita tu. Kalah citer amerika latin! Tapi tehtap meols kegigihan tonton ya.
Quote fadz84 7-12-2020 09:43 PM
Tokpinaz ni style dia selalu on point.. simple tapi masih nmpk elegant
Quote YomiuriLandMae 7-12-2020 09:44 PM
kau letak la segala macam juri tok nenek pun kalo production kata A, A la decision kau.. so? so ? so? why bother..

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038406 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top