CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minum Racun Rumput Lepas Cekik Isteri Sampai Mati Kerana Curang

16-12-2020 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2831| Komen: 8

Hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai motif utama seorang lelaki mencekik isterinya sehingga maut, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengahari di Kampung Liak, Pos Brooke, Gua Musang, mangsa yang juga etnik Orang Asli, Huda Sudin, 38, meninggal dunia akibat dicekik suaminya dipercayai selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka.


Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, selepas mencekik isterinya, suspek berusia 45 tahun cuba membunuh diri dengan minum racun rumput.


Gambar hiasan

"Hasil siasatan mendapati, suspek marah dan tidak berpuas hati apabila mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Menurutnya lagi, isterinya sering kali melakukan hubungan dengan lelaki itu yang juga dari kampung sama.

"Selepas mencekik isterinya hingga mati, suspek keluar membeli minuman keras dan minum supaya mabuk sebelum meneguk racun rumput bertujuan membunuh diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.


Shafien berkata, suspek dibawa ke klinik dan dalam keadaan stabil manakala mangsa pula dirujuk ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat.

"Suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolen 16-12-2020 10:29 AM
org asli pon pandai mencurang burang ni hahaha
moden dah org leni
Quote husna_amal 16-12-2020 11:39 AM
Minum racun rumput pun tak mati. Tak pasal2 sakit dapat, kena hukum sebab bunuh pun dapat. Lain kali cerdik sikit sebelum buat sesuatu. Isteri kalau curang ceraikan je.
Quote Artemesiaa 16-12-2020 11:52 AM
Selalu jadi macam ni yang membunuh cuba bunuh diri tapi terselamat akhirnya terpaksa hadap hukuman
Quote Tinot7 16-12-2020 12:01 PM
Takziah kpd keluarga. Patut ceraikan aja...
Quote Belibis 16-12-2020 12:29 PM
Dah tau penghujung kes 302 akan ke tali gantung,buat apa nak diselamatkan semasa minum racun? Ada dua pembaziran berlaku.
Quote najib888 16-12-2020 12:39 PM
Macam2 kes kat Kelantan sekarang ni.. bini kena cekik, bini gantung diri..
Quote LoveSungmin 16-12-2020 12:43 PM
Bininya pun galak sangat mencurang
Quote star_karat 16-12-2020 12:47 PM
Ni semua angkara mobile phone, orang asli pun dah pandai menggelenyar...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.072231 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top