Seorang bintang TikTok kelahiran Amerika Syarikat menerima ancaman bunuh selepas menunjukkan berat badannya naik sepanjang tempoh berkurung. Portal Daily Mirror melaporkan, Chloe Xandria bagaimanapun meminta wanita tidak rasa bersalah sekiranya berat mereka naik selepas dia sendiri mengabadikan detik perubahan dirinya sejak Januari.
Dia juga turut merakam video khas untuk 250,000 pengikut di laman sosialnya. "Saya memilih untuk menghargai tubuh ini sepanjang wabak berlaku," katanya. Chloe yang sebelum ini mempunyai masalah gangguan pemakanan gembira dengan perubahan berat badannya sepanjang perintah berkurung dilaksanakan. Ketika berada di depan cermin, Chloe mengenakan baju merah jambu dan seluar jean. Kemudian, gambar kedua menunjukkan dia menaikkan kemeja-T yang dipakai bagi menampakkan perutnya membuncit.
|
husna_amal replied at 22-12-2020 09:40 AM
Muka ok je tak berisi sekali badan drastik sangat berubah.
prettyuglybabe replied at 22-12-2020 11:15 AM
kalau kokesen semua puji tak gemuk sangat masih cantik sexy bagai..
kalau melayu, baru gebu sikit h ...
ADVERTISEMENT