CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Coklat Tertua Di Dunia Ditemui Selepas 120 Tahun, Elok Lagi!

25-12-2020 08:15 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8042| Komen: 52|Original author: Oleh Cari-Azza



Bukan khazanah perang, namun ia tetap satu perkara menarik untuk dikongsikan.

Enam keping coklat berjenama Cadbury berusia 120 tahun ditemui kakitangan perpustakaan Australia.

Coklat milik penyair terkenal Australia, Andrew Barton 'Banjo' Paterson ditemui oleh penyelanggara perpustakaan, Jennifer Todd yang menyatakan ianya tersembunyi di bawah kotak yang dipenuhi dengan puisi, diari dan keratan akhbar.


Foto :ABC

Menjadi coklat tertua di dunia yang dibuat pada zaman Perang Boer, ianya kelihatan masih elok dan hanya mengalami sedikit kerosakan.


"Kotak itu sudah buruk, tapi coklatnya elok dibungkus di dalam tin aluminium dan dilitupi dengan jerami lama di dalamnya. Baunya pun masih agak menarik ketika dibuka."


Menerusi News.com, tin cenderahati itu tertera tulisan 'Afrika Selatan 1900' dan ucapan 'Saya Ucapkan Selamat Tahun Baharu, Victoria Ri' di atasnya.


Foto :ABC


Menurut sejarah, pada 1899, Ratu Victoria menghantar kiriman cenderahati coklat kepada tenteranya yang berkhidmat di Afrika Selatan.

Oleh itu, Ratu menugaskan tiga pengeluar coklat utama Britain iaitu Fry, Cadbury dan Rowntree untuk menghasilkan cenderahati itu.

Dianggarkan 123,000 tin coklat dihantar pada penghujung 1900.


Foto :Perpustakaan Australia

Bagaimanapun, cenderahati itu menjadi alat tawar-menawar antara beberapa pihak sebelum sampai di tangan tentera yang berkhidmat untuk Perang Boer itu.

Nampaknya, walaupun selepas 120 tahun, masih ada koleksi sejarah yang belum diteliti. Jadi, mungkin selepas ini ada lagi koleksi tinggalan sejarah yang lain? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 25-12-2020 08:43 AM
Masa jumpa coklat tu mcm jumpa golden ticket ka?
[youtube]1Fxq_n8e1qA[/youtube]
Quote Artemesiaa 25-12-2020 11:35 AM
Cokelet berkualiti selalunya boleh bertahan lama
Quote crossline 25-12-2020 11:43 AM
Kalau packaging coklat macam ni sekarang, mesti lebih mahal regenya.
Quote kroit92 25-12-2020 02:11 PM
tiba2 ngidam coklat..

suka dark chocolate.. teman baik waktu study dulu2
Quote tumpanglalu74 25-12-2020 02:20 PM
Eh kome..  Pegi serbu Speedmart sekarang.  Ferrero Rocher 24 bijik hanye RM29.90 je ade offer.
Quote kakakpositifker 25-12-2020 03:23 PM
Yeke ni.....
Quote Supersirap 25-12-2020 04:37 PM
Nak tahu juga rasanya bagaimana
Quote debab_78 25-12-2020 04:50 PM
Supersirap replied at 25-12-2020 04:37 PM
Nak tahu juga rasanya bagaimana

Rasa coklat
Quote putericahaya999 25-12-2020 04:50 PM
Kalau budu 100 tahun lg best
Quote insulin 25-12-2020 05:11 PM
Boleh makan lagi ke tu?
Quote Scheherazade 25-12-2020 05:24 PM
Mcmana bau menarik yg dia kata tu? Masih mcm bau coklat yg ada masa ni ka?
Quote sekngucing 25-12-2020 05:49 PM
kroit92 replied at 25-12-2020 02:11 PM
tiba2 ngidam coklat..

suka dark chocolate.. teman baik waktu study dulu2

Dah tua kroit kan?
Quote hyie 25-12-2020 07:41 PM
tumpanglalu74 replied at 25-12-2020 02:20 PM
Eh kome..  Pegi serbu Speedmart sekarang.  Ferrero Rocher 24 bijik hanye RM29.90 je ade offer.

normal price berapa sisthur? meols idok le gemar f.rocher ni namun bolehlah buat kudapan di hujung minggu...gaytohhhh
Quote tumpanglalu74 25-12-2020 09:24 PM
Edited by tumpanglalu74 at 25-12-2020 09:25 PM
hyie replied at 25-12-2020 07:41 PM
normal price berapa sisthur? meols idok le gemar f.rocher ni namun bolehlah buat kudapan di hujung ...

Yang 24 bijik tu around RM34.

BTW, ini mungkin Ferrero Rocher termahal di dunia..

Screenshot_2020-12-25-21-20-34-64_1174903e0f2074c2920fc8a400f70039.jpg

Aku jumpe satni..

Quote RatuDunia94 25-12-2020 09:31 PM
insulin replied at 25-12-2020 05:11 PM
Boleh makan lagi ke tu?

Agak2 la soalan pun..
Quote najib888 25-12-2020 10:13 PM
Mai kaki gila likes, propa.. terus kata ni coklat plastik, coklat tiruan.. siap buat demo kepal2 macam bola, hempuk ke lantai buat ujian bouncing. Pastu bakar, kalau nyala api tu galak, terus buat kesimpulan. Baguih punya depa punya 'lab testing'..
Quote any42 25-12-2020 11:39 PM
dah beratus tahun rupanya usia cdbry.
kemas2 rumah jumpa barang2 lama sndri pun punya la teruja inikn pula jumpa barang rare brusia ratusan tahun gni.
Quote amira_adlina 25-12-2020 11:48 PM
Baru tahu cadbury syarikat coklat yg dh beratus tahun..mmg bagus la xpernah bungkus
Quote sarahmirza 26-12-2020 12:01 AM
tumpanglalu74 replied at 25-12-2020 02:20 PM
Eh kome..  Pegi serbu Speedmart sekarang.  Ferrero Rocher 24 bijik hanye RM29.90 je ade offer.

sedap ke ferrero rocher tu?
Tak kena betul kat tekak i...
Iyelah, minat org lain2..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055919 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top