CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akaun Instagram Biadab, Edit Wajah Agong

31-12-2020 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4339| Komen: 19

BIADAB.

Itulah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan kewujudan sebuah laman Instagram yang membuat provokasi dengan menghina insitusi diraja negara ini.


Akaun Instagram dengan nama 'bukan_bangjago' itu memuat naik beberapa posting memaparkan suntingan wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Via mStar Online

Terbaharu pada Khamis pagi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram 'airtangan_tunkuazizah' turut berkongsi semula posting yang dibuat individu tidak bertanggungjawab itu.

"Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Saya tunjuk posting ini kepada suami dan kata pada dia bahawa dia kelihatan comel dan seksi," tulis Tunku Azizah berseloroh di ruangan kapsyen.




"Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan! Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan," tulis Tunku Azizah lagi.

Hasil tinjauan, akaun Instagram yang membuat provokasi itu mempunyai 98 pengikut dan sudah membuat 10 posting.

Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan!

Antaranya, suntingan memaparkan wajah Yang di-Pertuan Agong pada logo restoran makanan segera popular.

Turut mengundang kemarahan ramai tentulah foto memparkan Yang di-Pertuan Agong yang disunting sedang memanjat sebatang pokok.

Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dan meminta agar tindakan tegas segera diambil ke atas pengendali akaun palsu itu.

"Allahuakhbar. Memang tak ada kerja sungguh ya mereka ni. Semoga dibalas perbuatan mereka.

"Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan segera.

"Hukum, semoga menjadi pengajaran," tulis beberapa netizen di Instagram. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 31-12-2020 11:53 AM
Org malaysia takyah taksub sgt dengan kebebasan bersuara mcm kt usa tu. Masa covid19 ramai jadi rakyat usa jadi selfish taknak pakai mask
Quote Kurex 31-12-2020 11:56 AM
Dekat sini pun ramai yg lata sistem beraja dah tak relevan. Tapi tetap puji sistem beraja British. Apooooo
Quote sarah82 31-12-2020 12:04 PM
Aku like posting RPA tadi.. Gila sungguh.. Karang kena tangkap.. Meroyan
Quote Miss.H 31-12-2020 12:17 PM
Tak paham betul. Apa yang agung buat sampai nak kene busuk hati sangat
Quote Tinot7 31-12-2020 12:31 PM
editing dia teruk
[ig]https://www.instagram.com/p/CHCQlYGhALM/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/CHCSaAahPCY/[/ig]


Quote mis_j_alexanda 31-12-2020 12:34 PM
Indon dgn kebodohan berpisah tiada...
Quote Abam_Leh 31-12-2020 12:44 PM
Abam memang anti skit dengan puak bangsat yg hina sultan dan raja


Quote little_sis 31-12-2020 12:53 PM
Aku tertanya2 apa issuenya sampai dorg buat mcm ni..
Quote EvieWanKenobi 31-12-2020 01:38 PM
very biadab.. dah la fake IG..
Quote saladin780 31-12-2020 01:58 PM
Bang jago tu apa hanat? Yg org malaysia dah terikut2 trend nak jadi indon bang jago kehulu kehilir dah kenapa?
Quote me12345 31-12-2020 02:07 PM
Benda camni riuh seminggu dua...pdrm pun nanti kecoh buat press conference kata suspek dh dikenalpasti...pastu senyap dan hilang. Mcm kes vandalism gambar mural agong...hilang kepercayaan pd pdrm dohhh...
Quote rogayahtop 1-1-2021 02:15 AM
false flag je kut. org yg sama buat. spesis mana yg banyak sgt free time belajor bahasa indon, lagu indonesia raya tu sape la yg koser nak dengar nak buat parodi.

hindon ni banyak jenis perangai.kena jaga2 org yg buat provokasi ni.
Quote CurangLagi 1-1-2021 02:52 AM
Kes balas dendam lagu parody Indonesia ka?
Quote isseliparjepun 1-1-2021 09:38 AM
Kalau dia bukan Agong pun, apa masalah dengan umat ni nak edit edit muka orang begitu. Suka benar memprovok macam dah tak ada apa nak buat dengan hidup sendiri. Sedih.
Quote anony-mous 1-1-2021 11:38 AM
Yendon caprut punya keje kah?
Quote sekngucing 1-1-2021 11:49 AM
Indon caprut punya kerjalah ni...rakyat malaysia takda.masa.nak buat kerja mcm.ni
Quote Punat_button 1-1-2021 12:33 PM

apa yang teruk?


Quote Tinot7 1-1-2021 04:04 PM
Punat_button replied at 1-1-2021 12:33 PM
apa yang teruk?

Cer banding dgn deepfake kat utube. Yg tu lebih baik editing depa.
Quote Artemesiaa 1-1-2021 04:07 PM
Sikap tak ada rasa hormat dan kurang adap pakej mental je yang suka buat kerja macam ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039503 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top