CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mohon Pengecualian Jawab Kuiz Musim Banjir, Pelajar Kecewa Respon Pensyarah

6-1-2021 12:46 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4164| Komen: 19|Original author: Oleh: Natrahn


Umum pasti sudah tahu, berikutan peningkatan kes COVID negara kita, pelajar IPT terpaksa belajar secara dalam talian. Belajar dalam talian pun sudah banyak cabarannya. Terkini, banyak negeri dilanda banjir pula.


Kredit foto: Banjir di Temerloh, Pahang - Ihsan Pembaca via Sinar Harian

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter Afnan Azman meluahkan rasa kecewa dengan sikap pensyarahnya yang dilihat kurang bertimbangrasa dengan keadaan yang berlaku sekarang ini.





Rakan Afnan, Izzat meminta pengecualian menjalani kuiz kerana ditimpa musibah banjir. Beliau turut memberitahu tidak dapat hadir kelas sebelumnya kerana sibuk memindahkan barang akibat bencana itu. 

Izzat turut berkongsi keadaan di dalam rumahnya.


Malangnya, pensyarah tersebut tetap meminta Izzat untuk hadir mengambil ujian tersebut.

Perkongsian Afnan ini turut mengundang kemarahan wargamaya ke atas sikap pensyarah itu.

Bencana alam kot...


Takde common sense...


Lecturer pun tak suka lecturer macam ni...

Masih wujud lagi yang tiada empati ni???


Kredit foto: Twitter Afnan

Mengambil ujian itu memang salah satu tanggungjawab pelajar. Tapi dalam keadaan sebegini perlulah ada budi bicara pensyarah jua kan?-CARI



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-1-2021 01:08 PM
Kuiz selalunya dilakukan serentak dah melibatkan pelajar lain yang mungkin tak terjejas dengan banjir.  Sebab tu mungkin dia tetap nak lakukan kuiz walau tahu ada kawasan yang dilanda banjir.
Quote talapia 6-1-2021 01:20 PM
Artemesiaa replied at 6-1-2021 01:08 PM
Kuiz selalunya dilakukan serentak dah melibatkan pelajar lain yang mungkin tak terjejas dengan banji ...

betul tu.. Tapi sepatutnya ada la budi bicara.. kalau tak boleh tangguh kuiz.. pemalas nak buat soalan lain utk budak2 terjejas... boleh kot jawab lek lok.. n bagi moral support sikit. Tengok post kawan2 kt group tu elok je doakan kawan dia. Pe salahnya tunjuk empati sikit..

Quote doubleA 6-1-2021 02:04 PM
Banyak pulak kes bengang dengan lecturer ni. Bukan semua lecturer macam tu ya. Ada banyak lagi yg considerate. Tapi tindakan viralkan ni dah jadi norma baru dalam masyarakat. Letak tepi la siapa pun org tu suka nau guna makin hamun asal tak puas hati
Quote nanies 6-1-2021 02:13 PM
alah postpone je la sehari dua. tak rugi mana pun..
Quote eyansss 6-1-2021 02:38 PM
Artemesiaa replied at 6-1-2021 01:08 PM
Kuiz selalunya dilakukan serentak dah melibatkan pelajar lain yang mungkin tak terjejas dengan banji ...

dia boleh je buat set soalan yang lain untuk student yang terjejas dengan banjir...  bencana alam kot, bukan sengaja tanak exam...

Quote astatine 6-1-2021 02:51 PM
Aku dulu minta excuse exam sbb kawin. Siap bagi kad jemputan kat lecturer sebagai bukti.

Elok je lecturer aku arrange time lain utk ambik exam tu.

Aku kawin time umur 20, third year kat uni
Quote annehuda 6-1-2021 02:51 PM
aku percaya je lecturer zaman skrang bangang-bangang belaka, sebab lecturer ni ada je dulu masa fresh grad loser tak dpt carik keje, ngendeng2 lecturer lama so jadi RA sambung master fulltime terus sambung jadi lecturer. lecturer ni jawatan kontrak je kt uni tu, ko takde connection memang susah nk dpt. lecturer budak nerd yg tau belajar je, tapi real life tak tau ape.
Quote merrissa 6-1-2021 03:22 PM
Patutnya lecturer tu buat jela soalan lain.

If aku lecturer, alahai test je pon...online plak tu... sah2 la open book. Lantak ler si izzat ni nak amik pun.

Tapi if si izzat mmg kaki kencing, kelas takdatang task x submit... then lecturer pun malas nak layan.

Yg penting adab.
Quote Artemesiaa 6-1-2021 03:33 PM
eyansss replied at 6-1-2021 02:38 PM
dia boleh je buat set soalan yang lain untuk student yang terjejas dengan banjir...  bencana alam  ...

Malas nak buat soalan lain ler tu sebab tu insist suruh buat juga.  Zaman sekarang bukan semuanya rajin ramai yang malas dari rajin.
Quote eyansss 6-1-2021 03:54 PM
Artemesiaa replied at 6-1-2021 03:33 PM
Malas nak buat soalan lain ler tu sebab tu insist suruh buat juga.  Zaman sekarang bukan semuanya  ...

pastu dok komplen student memacam...  hahaha...  well, knowing student memacam ragam kan, tapi takkan la nak kejam tak bertempat pada student yang kena musibah...

Quote exclusive_vvip 6-1-2021 05:02 PM
Mungkin budak ni patut tanya secara personal,bukan dlm grup..agaknya lect dia takut kalu benarkan nanti ada student lain yg amik kesempatan bg alasan sama...tapi tu lah, lect jenis x considerate mmg wujud pun..zman iols study dulu,sehari selepas raya haji sorang lecturer pompuan ni dah nak buat kelas..so, petang raya haji iols dah blik ke kolej kediaman..sibbaik negeri dekat2 je..kesian kat memember yg negeri jauh2 la..
Quote AshKetchum 6-1-2021 07:29 PM
valid reason kot. ko dah kenapa En. Dr. LOL?
Quote Ninjanunu 6-1-2021 07:59 PM
Ni pensyarah duk kat negeri mana ni boleh tak alert pasal masalah banjir skrg?
Quote kakigebang 6-1-2021 09:40 PM
kuiz je pon, postpone la sat, bencana alam ni
poyo la lect ni,grad 4 pointer ke..aku rasa lect ni nerd la..
Quote RatuDunia94 6-1-2021 10:40 PM
Iols dulu final exam yer accident naik motor nk ge dewan exam. Dgn gigihnya dh lambat masuk dewan dgn pipi berdarah n baju koyak pergi tempat duduk.. imagine satu dewan pandang iols dgn jalan terhencut2 kaki sakit gila masa tu. Sempat lah gan jawab exam 15 minit.. tp siyes mmg x tahan gila sakit kaki.. dgn luka kat muka pedih.. menahan sakit. End up pengawas exam suruh iols balik. Pastu deols hantar g klinik uni.. nasib lecturer iols baik hati. Dia arrange masa utk iols jawab soalan dlm bilik dia. Dh mcm bukan exam iols rasa. Siap boleh tanya2. Haha.. lulus dgn cemerlang subjek tu.
Quote komkom_2 7-1-2021 04:56 AM
Lecturer aku dh bg warning tak boleh ulang nk repeat kuiz utk tmbh markah..last2 elok je geng bangsa die diam2 jumpa die g buat repeat kuiz..siap sume pakat A geng die..
Quote BoongaKertas 7-1-2021 08:46 AM
kesiannya kome dik oi. and we ols nak tahu sape lecturer ni! ee, takdak common sense ya!
Quote sufi^_^ 7-1-2021 12:25 PM
Artemesiaa replied at 6-1-2021 05:08 AM
Kuiz selalunya dilakukan serentak dah melibatkan pelajar lain yang mungkin tak terjejas dengan banji ...

Sepatutnya setiap kuiz/test ada contingency set utk pelajar2 yg tak boleh ambil serentak dengan rakan2 lain.
Quote batmana 9-1-2021 02:19 PM
annehuda replied at 6-1-2021 02:51 PM
aku percaya je lecturer zaman skrang bangang-bangang belaka, sebab lecturer ni ada je dulu masa fres ...

cm kes cikgu mee segera tu... graduate course lain, cari keje tkde, convert jadi cikgu.
last2 ngajo hauk..


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.039318 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top