CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Pedofilia Baru Mencuba, Sudah Dipenjara

10-1-2021 01:17 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3653| Komen: 15|Original author: Oleh: Cari-Azza





Dengan nama 'Doktor Seksi', seorang lelaki ditahan kerana mengumpan kanak-kanak untuk perbualan lucah menerusi sebuah aplikasi telefon pintar.

Pesalah, Umar Tahir, 38, berbual dengan kanak-kanak berusia 12 tahun menerusi aplikasi Kik yang telah dimilikinya selama 675 hari.


Foto :Manchester Evening News

Umar menghubungi kanak-kanak tersebut untuk memberitahu bahawa gambarnya seksi dan memuji kaki mangsa pasti kelihatan lebih cantik dalam dres.


Perbualan seterusnya mengenai sama ada kanak-kanak tersebut memakai baju dalam dan bercerita mengenai aksi seks sebelum meminta mangsa membayangkannya. 

Bagaimanapun, kanak-kanak itu sebenarnya adalah polis yang menyamar lalu mengesan lokasi Umar menerusi alamat IP.

Menurut laporan Daily Star, Tahir mengaku bersalah kerana berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak di mahkamah Manchester, England.


Foto : Manchester Evening News

Pendakwa, Racheal Ehite menyatakan perbuatan tersebut tidak dapat dimaafkan kerana pesalah meminta mangsa membayangkan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kanak-kanak.


"Perbualan bukan sekali, tetapi berkali-kali dan ianya adalah 'sex groom'."

Malahan, Tahir juga terlibat dalam beberapa kumpulan pemangsa seperti Teen schoolgirls, Teen body, Daddy Princess dan Teen snow bunny.


Sementara itu, peguam Simon Gurney menyatakan Tahir kini berasa sangat malu dan berjanji untuk tidak melakukan jenayah tersebut lagi memandangkan ketika itu dia berhadapan tekanan berlebihan.


Seterusnya, Gurney menjanjikan yang Tahir akan mengikuti terapi bagi ketagihannya itu.


Foto : ABNM

Hakim, Nicholas Clarke menyatakan yang reputasi Tahir sebagai seorang doktor tercalar begitu sahaja kerana kes sebegini.

Oleh itu, pesalah dikenakan hukuman penjara lapan bulan dengan dua tahun perkhidmatannya digantung. Tahir juga didenda 300 jam bekerja tanpa gaji dan melakukan aktiviti di pusat pemulihan selama 30 hari. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-1-2021 01:21 PM
Sedang kurex sedia menemani.....
Quote zorrro_03 10-1-2021 01:22 PM
celaka spt ni kena ada undang2 khusus.  contohnya sebatan 50 rotan.  
Quote dua_chzy 10-1-2021 02:07 PM
Nah cerita cemana heols groomed budak tu.

https://www.google.com/amp/s/www ... -after-19591594.amp

Terus akak teringat gosip ex kelig akak pernah bragging tido dengan pelajar umo 12 tahun. Walaupun hanat berkali2 buat offence sama sepanjang karier, kerana takda laporan polis, beliau terlepas begitu sahaja and now naik pangkat jadik pengetua. Siap ex pengetua akak salahkan pelajar yang heols groomed demi bekap heols. This world effin belongs to men. Prfght.
Quote matjerk 10-1-2021 02:13 PM
Kurex: Sedang kurex sedia menemani.....

"Sedang" pulok..selalu semoga....
Quote dudaberhias 10-1-2021 02:33 PM
Kurex replied at 10-1-2021 01:21 PM
Sedang kurex sedia menemani.....



ni kot doktornya sebab twitter dah deactivate
Quote Cicisweets 10-1-2021 02:37 PM
Kurex replied at 10-1-2021 01:21 PM
Sedang kurex sedia menemani.....

Sorry kurex dia minat budak pompuan
Quote gummiebear 10-1-2021 03:27 PM
Kurex replied at 10-1-2021 01:21 PM
Sedang kurex sedia menemani.....

Tapi Kurex bukan target market heols

Nampak macam hensem jah. Pedo lah pulakk
Quote zuuu 10-1-2021 04:01 PM
12 tahun????doktor x guna....
Quote Kurex 10-1-2021 05:35 PM
gummiebear replied at 10-1-2021 03:27 PM
Tapi Kurex bukan target market heols

Nampak macam hensem jah. Pedo lah pulakk

Tp kurex berwajah babyface.......
Quote redfox 10-1-2021 05:52 PM
Dengan budak pun kau nak bernafsu, dasar doktor tak guna
Quote dani-rox 10-1-2021 06:00 PM
semlm terbaca reddit Malaysia yg post scan sudut mari berkenalan URTV vintage, ada mamat nih selamba letak lingkungan umur wanita pilihan 13-40thn. WTF sangat.
Quote fazzrules 10-1-2021 06:05 PM
dua_chzy replied at 10-1-2021 02:07 PM
Nah cerita cemana heols groomed budak tu.

https://www.google.com/amp/s/www.manchestereveningnews. ...

Cua piyem siring pengetua mana dia skrg?sialan betul bah manusia begini ni..pedo d mana2..bari ijap ming nya org berunai
Quote Itzy 10-1-2021 09:33 PM
Takpe Allah ada. Di dunia boleh la terlepas kat akhirat mati la kena seksa.
Quote dua_chzy 10-1-2021 09:53 PM
fazzrules replied at 10-1-2021 06:05 PM
Cua piyem siring pengetua mana dia skrg?sialan betul bah manusia begini ni..pedo d mana2..bari ija ...

Ui inda berani siiisss. Kalau google namanya, kuar gambar, tempat bekerja, abstrak tesis segalaaaa. Inda mau sy jadi kontroversi kot2 ada urang KPM/JPN/PPD di sini.
Quote Zazama 11-1-2021 07:39 AM
Kanak2 yg naif selalu jd mangsa. Kasihan mereka..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034723 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top