CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Diusung Ke Bank Untuk Keluarkan Duit Simpanan

13-1-2021 07:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2592| Komen: 8

Beberapa individu di India mengejutkan kakitangan sebuah bank apabila membawa mayat jiran mereka ke premis berkenaan.

Mereka bertindak sedemikian bagi menuntut untuk mengeluarkan wang simpanan si mati untuk diguna menguruskan upacara pembakaran mayatnya.


Gulf News melaporkan Mahesh Yadav, 55, meninggal dunia di kampung di timur Bihar, selepas sekian lama menanggung penyakit dan dia tidak mempunyai ahli keluarga.

Mayatnya ditemui jiran beberapa jam selepas lelaki itu meninggal dunia, kata pegawai kepada AFP.


Foto: Gulf News

Penduduk kampung kemudian menggeledah rumahnya bagi mendapatkan barang berharga untuk membayar upacara pengebumiannya, tetapi tidak menemui apa-apa.


Mereka kemudian mengambil buku simpanan bank si mati yang menunjukkan baki berjumlah AS$1,600 (kira-kira RM6,503).

Petang hari sama, mereka membawa buku simpanan itu dan mayat Yadav ke sebuah bank.

Namun, pengurus cawangan bank itu enggan membenarkan pengeluaran wang daripada akaun si mati, kata pegawai polis tempatan, Amrendar Kumar.

"Penduduk kampung meminta bank memberi mereka wang itu untuk upacara pembakaran mayat atau jika tidak, mereka tidak akan membakarnya.

"Ini memberi tekanan kepada bank yang akhirnya mengeluarkan sejumlah wang selepas campur tangan anggota polis," kata Kumar.

Pengurus cawangan Canara Bank, Sanjeev Kumar menyatakan bahawa situasi itu luar biasa dan ia menimbulkan rasa panik.

"Ini adalah kes pertama. Selepas lebih satu jam, saya memberi mereka wang AS$135 (RM548) dan mereka akhirnya meninggalkan bank bersama mayat mangsa untuk upacara pembakaran mayat," katanya.

Jiran si mati, Shakuntala Devi berkata, Yadav tidak memiliki tanah dan tidak mendapat bantuan daripada kerajaan.

"Tidak ada sesiapa yang menjaganya walaupun sudah berbulan-bulan Yadav menderita sakit. Kami biasanya menyediakan makanan kepadanya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 13-1-2021 08:08 AM
Jiran yg baik
Quote nanies 13-1-2021 10:14 AM
kesian. takde waris, takde apa2.. sib baik jiran tetangga ramai leh tolong
Quote Tinot7 13-1-2021 10:37 AM
kesiannya...  
berapa kos pengebumian kat sana?
Quote d_anne04 13-1-2021 10:47 AM
kesiannya...nasib baik dikelilingi oleh jiran yang baik dan prihatin
Quote dekmieDandy 13-1-2021 12:42 PM
bagus jugakkan, at least dapat jugak duit tu
Quote syaz_lina 13-1-2021 12:46 PM
Padan muka bank. Dah duit mendiang, bkn nak jiran nak joli pun
Quote zorrro_03 13-1-2021 12:59 PM
wakil rakyat buat apa?  ke tak habis lagi cerita elifen fight elifen?  sial punya wakil rakyat. dah lah gemok...  bodoh pulak tu..  
Quote Skuau 13-1-2021 02:20 PM
BUKTI depa benar2 kukuh.....bank dh x blh berdalih dh....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048494 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top