CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Asal-usul Dipersoal, Saintis Dapati Sinovac Hanya Berkesan 50.4 Peratus

13-1-2021 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9811| Komen: 60

Vaksin dibangunkan Sinovac Biotech China didapati hanya 50.4 peratus berkesan untuk mencegah jangkitan simptom COVID-19 berdasarkan data daripada ujian di Brazil.

Penyelidik pada Selasa mengatakan, peratusan itu masih tidak menepati syarat ditetapkan, malah jauh daripada peratusan diumumkan minggu lepas, lapor Al Jazeera.



Kredit foto: The Financial Express

Keputusan terbaru itu merupakan kekecewaan besar kepada Brazil kerana vaksin dari China itu adalah salah satu vaksin diperjuangkan kerajaan yang kini masih lagi bergelut menangani pandemik COVID-19.

Beberapa saintis dan pemerhati mengkritik Butantan Institute kerana mengeluarkan sebahagian data beberapa hari lalu sekali gus melahirkan harapan yang tidak begitu realistik.

Kekeliruan yang tercetus menambah keraguan rakyat Brazil terhadap vaksin dari China itu yang sebelum ini dikritik Presiden Jair Bolsonaro yang mempersoalkan ‘asal-usul’ vaksin berkenaan.


Minggu lepas, penyelidik Brazil meraikan keberkesanan vaksin tersebut yang merekodkan kadar 78 peratus terhadap kes COVID-19 tahap ringan hingga teruk.

Berdasarkan keputusan itu, mereka menggambarkan ia sebagai “keberkesanan klinikal”.

Begitupun, mereka tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan jangkitan kepada mereka yang telah menerima vaksin namun mereka yang dijangkiti tidak memerlukan bantuan klinikal.

Untuk rekod, vaksin lain termasuk COVID-19 dari Pfizer dan Moderna terbukti sekitar 95 peratus berkesan dan angka itu jauh mengatasi vaksin dicuba di Brazil itu.

Data terbaru itu ternyata mengecewakan rakyat Brazil dimana lebih 200,000 orang meninggal dunia di negara itu sejak diserang wabak berkenaan.

Program imunisasi nasional Brazil pada masa ini bergantung pada vaksin dari China dan tusukan yang dikembangkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca.


Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-1-2021 03:18 PM
urmmm taktau lah nak kata apa... tawakal je lah
tapi buat yang betul2 kena keluar kerja dan hadapi covid 19 ni harus la ambil vaksin...
yang wfh dan takde simptom boleh la tunggu2 dulu orang lain jadi lab rat...
Quote baghal_bortuqal 13-1-2021 03:18 PM
mintak menteri procurement vaccine bagi pencerahan sikit....
Quote Artemesiaa 13-1-2021 03:24 PM
Apa respons yang mereka akan berikan dengan kenyataan dari pihak Brazil ni agaknya.
Quote damsel_fiji 13-1-2021 03:34 PM
soalan serius..malaysia ni x boleh buat vaksin sendiri ke?? ke sebab x de kepakaran..atau pun hanya negara2 tertentu jah boleh develop vaksin nih??
Quote Kurex 13-1-2021 03:46 PM
Boleh bagi kj jadi labrats dulu
Quote saviour_09 13-1-2021 03:59 PM
vaksin ni la kj kata boleh dapat murah sebab botol kat sini kn?

so ko try la dulu  kj

Quote me12345 13-1-2021 04:06 PM
Murah kann....tgk lah china sendiri pun masih lockdown kt beijing..pdhal dh jual vaksin.. mana pergi saintis2 malaysia...ramai kan cerdik pandai mesia  yg dpt pengiktirafan antarabangsa kononnya..nape xde yg buat research utk cari alternatif vaksin ni. .
Quote ninja9 13-1-2021 04:12 PM
Program imunisasi nasional Brazil pada masa ini bergantung pada vaksin dari China dan tusukan yang dikembangkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca.


apa ayat last ni bunyi  mcm ni..
Quote damsel_fiji 13-1-2021 04:13 PM
me12345 replied at 13-1-2021 04:06 PM
Murah kann....tgk lah china sendiri pun masih lockdown kt beijing..pdhal dh jual vaksin.. mana pergi ...

kan..malaysia takkan takde cerdik pandai yg mampu buat, punyalah byk research2 center..imr tu contohnya..IPTA /IPTS yg bangga sangat dgn ranking2 tuh..mana korg time2 camnih..patutnya masa camni lah nak mendonia..ke penuh dgn research2 mengarut setakat nak penuhi KPI..nk bagi nampak ranking cantik on paper jahh
Quote me12345 13-1-2021 04:26 PM
damsel_fiji replied at 13-1-2021 05:13 PM
kan..malaysia takkan takde cerdik pandai yg mampu buat, punyalah byk research2 center..imr tu cont ...

Takat nak cukup kan requirement produce journals kaedahnya....time ni lah patutnya nk tunjuk terror..
Quote beloomberk 13-1-2021 04:32 PM
Baru tadi pak jokowi inject sinovac..
Quote FOTHER-MUCKER 13-1-2021 04:59 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-1-2021 01:07 AM
me12345 replied at 13-1-2021 12:06 AM
Murah kann....tgk lah china sendiri pun masih lockdown kt beijing..pdhal dh jual vaksin.. mana pergi ...

belum cukup kepakaran dan malaysia tiada duit kerana nak mambanggungkannya mempunyai kos yang sangat tinggi. Tak sesuai dengan peratus penduduk malaysia. 100% negara luar takan beli vaccine dari malaysia. Lebih bagus gov@politicians business rasuah sesama mereka!

Setahun sekali pergi haji berdoa supaya di hapuskan dosa dan juga selepas setiap kali semayam berdoa supaya Di hapuskan dosa!
Quote ctaz 13-1-2021 05:32 PM
bagi je para menteri dan YB2 kat malaysia ni pakai dulu....
Quote Supersirap 13-1-2021 05:59 PM
Kerajaan perlu memberikan kenyataan rasmi kepada rakyat berkenaan kesan vaksin tersebut diseluruh dunia dengan memperincikan peratusan keberkesanan vaksin tersebut
Quote Tinot7 13-1-2021 06:30 PM
Aritu kata kat bandar dpt pfizer, kat luar bandar dpt astra zeneca, kan?
Politicians pula dpt beksin cainis, kan?
Iols tahu mmg tak mampu.. tapi buat la yg terbaik utk negara.
Quote ifanonline 13-1-2021 06:32 PM
ada pepatah melayu dulu2...'kalau tak tipu tak cina, kalau cina mesti tipu.."
Quote mbhcsf 13-1-2021 07:04 PM
see?
dok canang dok beli itu ini, sedangkan data clincal trial phase 3 Sinovac pun belum tahu


hmmmmmmm?????


see? itulah bahaya mencanang dari meneliti data data


Quote mbhcsf 13-1-2021 07:06 PM
lagi satu gamaleeya ....from russia , hmm semalam baru Dwdrum kasi tahu tentang inihahahaahaha

Quote mbhcsf 13-1-2021 07:21 PM
Ape kata KJ?

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.169582 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top