CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batal Nikah Gara-gara Tertinggal Mas Kahwin

17-1-2021 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4610| Komen: 15

Mungkin dek teruja atau terlalu gementar membuat pengantin lelaki terlupa membawa mas kahwin sebelum dinikahkan.

Malang nasibnya apabila hari bahagia itu terpaksa dibatalkan ekoran permintaan bapa pengantin perempuan yang menyifatkan lelaki terbabit memungkiri janjinya.



Kredit foto: FB

Memetik suara.com, video pasangan pengantin dari Bandar Bekasi itu tular di Facebook Official Trans7.

Difahamkan, menurut perjanjian asal, pengantin lelaki berjanji membawa emas seberat 10 gram bersama wang tunai sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun, dua perkara itu tidak disertakan sekali ketika mereka sudah bersedia di hadapan jurunikah.

Bapa pengantin perempuan, Tinggal berkata, pihaknya terpaksa membatalkan perkahwinan itu selepas bakal menantunya memungkiri janji.

"Lelaki ini berjanji memberikan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram kepada bakal isterinya. Sekarang kami sudah malu jadi batalkan sahaja pernikahan ini," katanya seperti dipetik Harian Metro.



Loading FB Post...

Sementara itu, pengantin perempuan, Dewi hanya menurut arahan keluarga supaya tidak meneruskan pernikahannya.

Lantaran itu, berlaku perbalahan antara kedua-dua belah keluarga yang kemudian dileraikan selepas polis tiba di lokasi majlis. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 16-1-2021 10:19 PM
Benda yang paling jadi sebutan dan penting sekali tu yg lupa? Ke takda sebenarnya.
Bese pihak rombongan mesti nk gerak.tu.dah saling ingat2kan. Pegang elok2. Herlokla batal
Quote crossline 16-1-2021 11:35 PM
Mana  bideonya?
Quote kaedahnya 16-1-2021 11:57 PM
dulu pernah jadi dekat kl kot. kes hantaran tak cukup. viral jugak.
Quote tikusmontok 17-1-2021 03:56 AM
naina replied at 16-1-2021 10:19 PM
Benda yang paling jadi sebutan dan penting sekali tu yg lupa? Ke takda sebenarnya.
Bese pihak rombo ...

Haah tak mungkin lupa
Quote Artemesiaa 17-1-2021 05:11 PM
Mungkin dah memang tak mampu nak sedia seperti yang dikata terus buat2 lupa
Quote sarahmirza 17-1-2021 06:27 PM
Pernah berpuluh tahun dulu jadi kat seorang pekerja my dad...
Tapi bukan lupa, dah nak kahwin duitnya tak cukup.
Boleh gitu lagi 3-4 hari kot nak nikah duit hantaran tak cukup...
Tahun 90an hantaran RM8k, yang perempuan entah kerja apa...
So si bapa perempuan ni sampai ke rumah kami jumpa my dad minta pinjam duit hantaran...
Entah apa kaitannya eh... my dad marah la kat pekerja tu..
Ko yang nak kahwin apasal company yang nak kena tanggung?

Tak tau jadi kahwin ke tidak dia orang tu..
Quote makneng 17-1-2021 11:31 PM
Bagus bapak pengantin pompuan.. No mas kawen no nikah. Ingat ala2 ku nikah mu dgn bismillah je ke.. Kampret.
Quote AyaqMeloSuam 18-1-2021 07:42 AM
Buat2 lupa jer tu.. kot2 blh kawen pree.. dasarr {:nose
Quote clarizsa 18-1-2021 08:05 AM
Bodo gilaa boleh lupa bnda penting
Bagus bapa pengantin ppuan tegas
Takda rasa tanggungjawab ke laki tu
Nikah mau tapi mas kawin boleh buat2 lupa

Quote syaz_lina 18-1-2021 08:13 AM
Bagus jgn dilayan jantan kabaret macam ni. Sblm dapat dah buat2 lupa, lps nikah nafkah bulanan confirm lupa sentiasa
Quote Cassieopeia 18-1-2021 08:22 AM
Jauh sgt ke rumah laki tu? Suruh dia pegi ambik tgk ada ke tak huhu
Quote Tinot7 18-1-2021 09:47 AM
iols tak paham sgt.. mohon translator..

[youtube]xOtDB0MrjRA[/youtube]

Quote ctaz 18-1-2021 10:29 AM
kenapa ramai cerita pasal wang hantaran....
kes kat atas tu lupa wang mas kahwin...

wang hantaran = tak wajib
wang mas kahwin = wajib
Quote chinta89 18-1-2021 11:21 AM
kaedahnya: dulu pernah jadi dekat kl kot. kes hantaran tak cukup. viral jugak.

Mcmne kesudahannya? {:give
Quote Scintilla 18-1-2021 04:57 PM
x boleh hutang ke??

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.298019 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top