Siapa tidak cemas apabila wali tersilap sebut nama pengantin ketika majlis akad nikah berlangsung. Itu yang berlaku kepada Amira Farra Zulfihar, 25, apabila datuknya tersasul menyebut nama kembarnya, Amira Sara ketika akad nikah di sebuah masjid. Dalam video tular di Twitter itu, kelihatan Amira Farra 'mengipas' tangannya memberi isyarat mengenai kesilapan datuknya berusia 84 tahun itu. "Atuk (panggilan datuk) iaitu bapa kepada arwah ayah yang menjadi wali saya. Bila atuk tersilap sebut nama iaitu menyebut nama adik masa akad nikah tu, saya memang terkejut.
"Dalam hati tu jantung saya rasa macam nak tercabut. Saya hanya mampu 'mengipaskan' tangan dan menggelengkan kepala ke arah imam dan atuk dari jauh. Adik kembar yang duduk di sebelah saya juga menggelengkan kepala," katanya kepada mStar. Kongsinya, Sara merupakan cucu kesayangan datuknya manakala dia (Farra) merupakan wan (panggilan nenek). "Hari tu atuk memang tahu saya yang akan bernikah, tapi mungkin sebab atuk nervous (gementar) dan sudah terbiasa panggil nama adik, jadi dia pun tersebut lagi masa akad nikah tu," ujarnya sambil menambah akad nikah dilakukan semula dengan sekali lafaz. Farra dan pasangannya, Khairul Anuar Sabli, 30, bernikah pada petang Selasa lalu iaitu sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sepatutnya dilangsungkan pada 21 Januari depan. "Masa atuk tersilap sebut nama tu, saya mula-mula rasa panik dan terkejut sampai terus hilangkan nervous. Bila sudah selesai akad nikah, baru ada fikir nak ketawa sebab lucu. "Apa pun, suami saya tetap sentiasa tenang. Dia sebelum ni memang selalu dengar atuk panggil saya dengan nama adik kembar, jadi masa atuk tersilap tu dia cool saja," katanya. - CARI |
exclusive_vvip: I dari dulu heran btol org yg ada anak kembar suka letak nama hampir2 ni..selalunya beza huruf je..jarang sungguh nak jumpa yg nama beza jauh..contoh: ...
faraway1 replied at 18-1-2021 01:06 AM
Kalau tidak, bini si adik lah yek hahahha
exclusive_vvip: I dari dulu heran btol org yg ada anak kembar suka letak nama hampir2 ni..selalunya beza huruf je..jarang sungguh nak jumpa yg nama beza jauh..contoh: ...
ADVERTISEMENT