Tular satu rakaman video memaparkan beberapa saintis dari Wuhan, China tidak memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika menjalankan penyelidikan terhadap kelawar sehingga salah seorang daripadanya digigit haiwan berkenaan.
Menerusi rakaman pada tahun 2017 itu iaitu dua tahun sebelum kemunculan virus Covid-19, ia memaparkan saintis bernama Shi Zhengli bersama pasukannya membuat penyelidikan mengenai virus SARS. Mereka dilihat memegang kelawar tanpa memakai sarung tangan, malah mengambil najis haiwan itu dengan mengenakan baju berlengan pendek, lapor Daily Star. Sementara itu, dalam rakaman di dalam makmal pula, dua saintis yang mengendalikan sampel dilihat langsung tidak memakai topeng pelitup muka. Kelawar dipercayai sebagai antara sumber penularan virus Covid-19. Malah, menerusi rakaman berkenaan juga ditunjukkan kesan gigitan kelawar yang dialami salah seorang saintis berkenaan, di mana tangannya kelihatan membengkak. Rakaman tersebut muncul ketika angka kematian di seluruh dunia akibat Covid-19 mencecah 2 juta korban. Sumber: mStar |
mbhcsf replied at 18-1-2021 02:39 PM
hehehe apa punya hukum pembuktian macam ni!!! hahahaahah
okay , i know semua pihak dok mencari p ...
dodolgemok replied at 18-1-2021 02:45 PM
Tgok la sos artikel ni dri mana, Daily Star suratkhabar picisan nak tarik pembaca jah. Dodol senyu ...
dodolgemok replied at 18-1-2021 02:45 PM
Tgok la sos artikel ni dri mana, Daily Star suratkhabar picisan nak tarik pembaca jah. Dodol senyu ...
mbhcsf replied at 18-1-2021 03:08 PM
Dodol , u ni ape ye : a guy or a lady?
jiwasemangat replied at 18-1-2021 04:17 PM
Mana ada saintis malaysia nak masukkan saintific finding.. kat dlm majalah, akhbar semua tuu.. kalau ...
ADVERTISEMENT