Siapa yang tak pernah ke pasaraya 99 Speedmart ini? Pasar mini ini ada di mana-mana dan harganya pun boleh tahan murah. Jom kita berkenalan dengan pengasas 99 Speedmart yang juga dikenali sebagai Raja Pasar Mini. Lee Thiam Wah merupakan seorang insan istimewa yang berjaya dan disanjungi ramai. Siapa sangka seorang insan bergelar OKU juga mampu memiliki pasaraya dan berjaya! Jom kami kongsikan kisah kejayaan Lee Thiam Wah yang sangat berinspirasi ini. Latar Belakang Lee Thiam Wah Lee Thiam Wah dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang miskin. Ayahnya merupakan pekerja binaan manakala ibunya adalah peniaga jalanan. Berasal dari keluarga yang dengan 11 orang adik-beradik, beliau terpaksa dijaga oleh neneknya akibat penyakit yang dihadapinya. Beliau kemudiannya terpaksa menamatkan sekolah rendah akibat kekurangannya itu.
Walau bagaimanapun, Lee Thiam Wah tetap berusaha untuk memperbaiki dirinya dan terus belajar dengan inisiatifnya sendiri. Beliau meminjam buku dari jirannya untuk mengisi segala masa yang ada supaya ilmunya bertambah. Akibat kesukaran hidupnya dalam mencari pekerjaan, beliau menjual makanan ringan di kaki lima untuk mencari sumber pendapatan. Bermula Dari Kedai Runcit Nenek Memiliki sikap tidak pernah mengalah, telah mendorongnya untuk terus memperbaiki keadaan hidupnya. Beliau bekerja tanpa penat untuk memulakan perniagaan kedai runcit. Neneknya merupakan pendorong beliau untuk lebih bersemangat dalam perniagaannya. Usahanya dalam menjual pelbagai jenis barangan runcit mendapat sambutan positif daripada masyarakat umum. Beliau juga telah banyak belajar melalui perniagaannya. Dari sini, beliau telah mengambil maklum balas pelanggan dan juga mengenali pesaing bagi memajukan perniagaannya. Perniagaan Lee Thiam Wah semakin berkembang dari semasa ke semasa. Beliau kemudian menjual perniagaan kedai runcitnya dan memulakan perniagaan pasar mini pertamanya dalam mencabar dirinya sendiri. Dari Kedai Runcit Ke 99 Speedmart Tidak lama setelah menukar nama pasar mininya kepada 99 Speedmart pada tahun 1999, beliau meluaskan empayarnya dengan membuka beberapa cawangan di Klang. Lee Thiam Wah kemudiannya melebarkan sayap perniagaannya ke seluruh negara. Pada bulan Jun 2016, 99 Speedmart telah melancarkan gerai ke 800 mereka di Taman Pahlawan, Melaka. Semasa wawancara bersama-sama dengan pihak Forbes pada tahun 2010, Lee Thiam Wah mempunyai pendapatan sebanyak RM150 juta setiap tahun dengan kira-kira 2,000 orang pekerja. Kesimpulannya, rahsia kejayaan Lee Thiam Wah yang menakjubkan terletak pada semangatnya yang tinggi dan kegigihannya. Kisahnya yang mengagumkan juga membuktikan kepada semua pihak bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk seseorang itu terus berjaya. Jika insan istimewa pun boleh berjaya, insan seperti kita juga boleh. Sumber Rujukan: Home Finder,Mind, Majalahlabur |
Perawankota replied at 22-1-2021 06:15 AM
Aku mmg suka beli barang2 kt speedmart. Kebanyakannya murah dari mart lain. Tapi klu kt area rumah n ...
Perawankota replied at 22-1-2021 06:15 AM
Aku mmg suka beli barang2 kt speedmart. Kebanyakannya murah dari mart lain. Tapi klu kt area rumah n ...
pxlbb replied at 22-1-2021 08:38 AM
EDISI SOALAN SERIUS JANGAN KECAM: ada sesiapa boleh spill the tea mcm mana 99speedmart dan mrdiy bol ...
azimodin replied at 22-1-2021 10:27 AM
Aku suka gi speedmart especially musim2 pkp ni sebab bila husband beli barang mesti ada yg tertingga ...
ADVERTISEMENT