CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Niat Baik Fizo Omar Disalah Erti

4-11-2013 09:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40942| Komen: 368

Dikala peminat bola sepak sedang asyik memperkatakan perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang semalam, tiba-tiba muncul cerita yang kurang enak didengar apabila pelakon yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Fizo Omar dikritik gara-gara berkongsi sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman sosialnya malam Jumaat lepas.


Menerusi foto tersebut, dilihat terdapat beberapa orang peminat tudung Fareeda sedang berkampung di hadapan butik jenama tudung terkenal itu, semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran, sempena perasmian tudung eksklusif pertunangan Fizo dan Mawar, Sabtu lepas.




Susulan perkongsian foto itu, terdapat pelbagai tanggapan negatif telah diberikan oleh pengikut laman sosial Fizo.

Meneliti setiap respon yang diberikan, terdapat segelintir antara mereka mengatakan tindakan yang dilakukan oleh peminat tudung Fareeda itu hanya satu perbuatan sia-sia dan tidak masuk akal.


Dalam pada itu, ada juga antara mereka mendakwa kononnya Fizo dan Mawar sengaja mengambil kesempatan atas populariti mereka berdua.



Setelah mendapati ramai yang telah salah anggap mengenai foto tersebut, Fizo telah memuat naik satu lagi status di laman sosialnya, bagi menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Fizo, tujuan utama dia berkongsi foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kemeriahan yang disambut baik oleh peminat jenama tudung terkenal itu dan bukannya untuk mencetuskan sebarang kontroversi mengenai hubungannya dengan anak pemilik butik tersebut.



Bagaimanapun, status yang dimuat naik menerusi laman sosial Fizo ini telah pun dipadam semalam.


Untuk makluman, Fizo dan Mawar bakal melangsungkan pertunangan serta pernikahan mereka pada 9 & 10 November ini di kediaman pengantin perempuan di Country Heights, Kajang.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wookiehoney 4-11-2013 10:11 AM
maapkan le die
eksaited bebeno tu
Quote Kassim_Patalon 4-11-2013 10:12 AM
hai hensem                 
Quote ellZack 4-11-2013 10:14 AM
gilos~~~
tudung je kot..
yang over-the-board sangat memasing ni dah kenapa..


#if you can brain how an ifag sanggup queue up dari pagi, then you can brain this too. Same procedure, different thing. But still nonsense. At least to me.
Quote haryatie 4-11-2013 10:14 AM
sengal jerk..
mcam tu sekali semata mata nak beli tudung..
pelik ngan org2 mcm ni..
kehendak nafsu mengatasi keperluan..
Quote tapibukanaku 4-11-2013 10:18 AM
haryatie posted on 4-11-2013 10:14 AM
sengal jerk..
mcam tu sekali semata mata nak beli tudung..
pelik ngan org2 mcm ni..

da lah musim hujan kat bangi ni. gigih jua memasing nak membeli nya
iols pernah sekali berebut...perghh rasa nak fengsan..

paling kelakar, masa nak try tudung, ada customer tu ter-try tudung customer lain yg dia sangkut. hahaha
padahal tudung tu tudung yg dipakai oleh customer tu, dia sangkut sbb nak try tudung fareeda
Quote nurfariezza 4-11-2013 10:18 AM
pelik jgak org yg minat tdung fareeda ni...
smpai sggup beratur b'jam2...

p/s: npe status fizo 2 blur...npe xshow sume je..
Quote annehuda 4-11-2013 10:20 AM
berkongsi kemeriahan? ape maksudnye? sbb fizo omar dah bertunang so ramai berpakat beli tudung fareeda yg giler mahal tu?
Quote haryatie 4-11-2013 10:20 AM
tapibukanaku posted on 4-11-2013 10:18 AM
da lah musim hujan kat bangi ni. gigih jua memasing nak membeli nya
iols pernah sekali berebut... ...

lawak le citer ko..
klau aku ada ..mau aku gelak sakan kat dia..
tu ler excited sgt..smpai yg org punya pun di rembat..
Quote budakmanentah 4-11-2013 10:21 AM
ntah hape yg menarik sgt dengan tudung singkat tu ntah la?
Quote kecikgurl 4-11-2013 10:24 AM
annehuda posted on 4-11-2013 10:20 AM
berkongsi kemeriahan? ape maksudnye? sbb fizo omar dah bertunang so ramai berpakat beli tudung faree ...

wpon design die sgt kekampungan dan singkat...
Quote one_piece 4-11-2013 10:25 AM
tudung ultraman.. tah tang mana yg cantiknya pun tak tau..
pakai tudung bawal lg cun
Quote cikatilia 4-11-2013 10:25 AM
aku xpaham kenapa beratur depan kedai nak beli tudung?
yg grab tudung tu mula2 dpt apa?
fizo omar?? pffftt...

ke tudung dia hanya ada 1-1 design.. means 1 tu 1 aje??
if dah ada org amik no more??
and bukankah tudung ini amatlah mahal reganya?
ramai bebenau mampu.... yek?

Quote tapibukanaku 4-11-2013 10:25 AM
haryatie posted on 4-11-2013 10:20 AM
lawak le citer ko..
klau aku ada ..mau aku gelak sakan kat dia..
tu ler excited sgt..sm ...

tudung yg customer try tu tudung kakak iols. lepas tu iols sound lah makcik tu elok2
iols cakap ni tudung kakak sy tu bukan tudung fareeda display ni
terus malu makcik tu

tu lah main rembat je
Quote kelip2_07 4-11-2013 10:26 AM
tudung mcm langsir..pendek lak tu
Quote tapibukanaku 4-11-2013 10:26 AM
nurfariezza posted on 4-11-2013 10:18 AM
pelik jgak org yg minat tdung fareeda ni...
smpai sggup beratur b'jam2...

bukan setakat beratur, lepas dia bukak tali penghadang tu, terus berlari masuk group by group
gila ah...cukup lah sekali iols terlibat dlm agenda serbu-menyerbu ni..


Quote annehuda 4-11-2013 10:28 AM
kecikgurl posted on 4-11-2013 10:24 AM
wpon design die sgt kekampungan dan singkat...

iols ade kawan yg mmg keje jahit tudung. die tiru fesyen tudung fareeda ni sejibik sejibun dari kain ke aksesori pastu die jual kt kastemer die harga rm60++ je uols. yg fareeda jual berganda2 mahal dr sheols jual

Quote kecikgurl 4-11-2013 10:29 AM
annehuda posted on 4-11-2013 10:28 AM
iols ade kawan yg mmg keje jahit tudung. die tiru fesyen tudung fareeda ni sejibik sejibun dari ka ...

ai xpaham nape mahal sgt..
design die biase2 jek..
ngan rambu ramba lg..kosser sgt...
Quote Kahla 4-11-2013 10:31 AM
siyes aku jenis x reti beli tudung harga ratus2.....paling2 mahai aku beli pon rm35 ke rm50 mcm tu... yg harga ratus2 ni dah mcm membazir aku tgk
Quote annehuda 4-11-2013 10:32 AM
kecikgurl posted on 4-11-2013 10:29 AM
ai xpaham nape mahal sgt..
design die biase2 jek..
ngan rambu ramba lg..kosser sgt...

jap... ikut kata status fizo tuh, fareeda buat tudung eksklusif sempena pertunangan mawar n fizo ni. camne rupenye tudung tu? ade ditepek muka fizo n mawar ke?

Lihat semua komen(368)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.109176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top