CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Pegawai WHO Mengeluh China Enggan Kongsi Maklumat

29-1-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2617| Komen: 12

Pasukan WHO tiba di Wuhan pada 14 Januari dijangka memulakan tugas lapangan akhir minggu ini selepas 14 hari kuarantin. - Foto AP/Ng Han Guan



MISI pasukan khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Wuhan, China terus undang kontroversi.

Ini berhubung dakwaan sama ada kegagalan China bertindak di peringkat awal penularan, menyebabkan virus COVID-19 tersebar ke seluruh dunia.

Pasukan WHO tiba di Wuhan pada 14 Januari dijangka memulakan tugas lapangan akhir minggu ini selepas 14 hari kuarantin.

Sejak awal, WHO berusaha mendapatkan kerjasama lebih daripada China.

Rakaman audio mesyuarat dalaman WHO yang diperoleh The Associated Press mendedahkan pegawainya mengeluh kerana tidak mendapat maklumat mereka perlukan.

Wakil WHO di China, Dr Gauden Galea didengar berkata, pegawai China hanya akan memberi maklumat kepada mereka 15 minit sebelum ia muncul di CCTV.

"Kita kini berada di tahap di mana ya, mereka memberikannya kepada kami 15 minit sebelum muncul di CCTV.

“Kami secara tidak rasmi dan secara rasmi meminta lebih banyak maklumat epidemiologi, khususnya, apakah tarikh permulaan kes terakhir. Itu sahaja sudah cukup berguna.

“Tetapi mereka hanya berkata ada kemas kini baharu yang akan keluar. Tetapi ketika diminta untuk mengetahui secara spesifik, kami tidak dapat apa-apa, " katanya lagi.

Menurut rakaman tersebut, pegawai WHO memuji China di khalayak ramai kerana mereka ingin lebih banyak maklumat daripada kerajaan.

Rakaman turut mendedahkan sepanjang mesyuarat pada Januari 2020, China tidak berkongsi data yang cukup untuk menilai kesan penularan virus kepada orang ramai dan risiko yang ditimbulkannya seluruh dunia.

Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove pula menyifatkan keadaan ini sebagai satu rahsia yang tidak diurus dengan baik.

"Ini satu rahsia yang tidak diurus dengan baik. Hong Kong yang mempunyai hubungan langsung dengan China, sedang berbicara dengan individu yang paling kanan dalam pengurusan,” jelasnya.

China juga didakwa enggan berkongsi maklumat mengenai penjujukan genom virus lebih dari seminggu selepas tiga makmal kerajaan berbeza telah menguraikan sepenuhnya maklumat tersebut.

Seorang pakar kesihatan awam Universiti Hong Kong menyebut kunjungan WHO ke China adalah sebagai misi membangunkan imej.

Ini kerana katanya, China ingin dianggap sebagai negara yang lebih telus, manakala WHO ingin menunjukkan ia sedang jalankan ia sedang mengambil tindakan.



Sumber: Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 29-1-2021 11:42 AM
depa buat virus..depa buat vaksin
Quote Adrif 29-1-2021 03:44 PM
berapa target diorang ni? rasanya haritu kata dunia dah turun berapa peratus jumlah populasi
Quote cyber_mania 29-1-2021 03:47 PM
Dua dua pihak ada kepentingan masing2. Gasak la
Quote Churchill 29-1-2021 10:52 PM
bangsa China tanah asal @FOTHER-MUCKER  

dasar bangsa pengganas penyembah patung

Quote tripleid 29-1-2021 11:24 PM
tak boleh nak tawan dunia dgn ekonomi,komunih prc jahanam ni pakai virus sebar satu dunia..dasar bangsa dajjal!
Quote Orix 30-1-2021 12:43 AM
Trump dh x jd presiden US pasni spe la yg boleh lawan China ni... nk harap putin, emmm mcm 2x5 jah... xkan nak harap abah sembab emmm
Quote pyropura 30-1-2021 01:52 AM
China komunis ateis hanya akan layan kawan baik parti kembar dia aje, contoh UMNO (Perbutuhan Kebangsaan Mulayu Bersatu)



https://1.bp.blogspot.com/-fE6zX3jLFIE/WjExmFAcPUI/AAAAAAAAAAc/gPDJt_RSjt4W9qcXmAv8-qv5jIz5vNELQCLcBGAs/s1600/WhatsApp%2BImage%2B2017-12-11%2Bat%2B11.11.29.jpeg
Quote ultra78 30-1-2021 07:41 AM
Virus China. Virus CCP. China cuba sorokkan virus ni daripada dunia dan rakyat sendiri. Sebab tu kerajaan komunis tidak boleh dipercayai.
Quote Aerhys 30-1-2021 07:45 AM
We even bought their vaccines and partnered with them in the clinical trials. Malaysia bersahabat baik dgn China. Tidak nampak lagi kah permainan mereka.
Quote mbhcsf 30-1-2021 01:35 PM
tulah kenapa tak telus - dari penemuan Virus Covid-19 in december 2019 kepada vaccine data , semuanya tak diberi liputan media.

apa kena depa ni.
Quote Nenolen 30-1-2021 07:18 PM
Umpama lepas baling batu sorok tangan...
Quote Belibis 30-1-2021 08:24 PM
Nak telus macam mana lagi?? Kaedah swab bontot yang paling accurate pun china komunis dah kongsi.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.069742 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top