CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penumpang Kereta Api Diserang 'Chucky', Dah Jangka Tiada Siapa Tolong

29-1-2021 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5536| Komen: 28

Walaupun ramai yang mengenali Chucky ketika di zaman kanak-kanak, tidak dapat dinafikan sehingga dewasa segelintir orang masih takut dengan patung tersebut.


Kredit foto: IG/The New York Post


Ia dapat dilihat dalam sebuah video tular di Twitter, baru-baru ini di mana beberapa penumpang kereta api bawah tanah New York ‘diserang’ Chucky.

Dalam video berdurasi 24 saat yang dikongsikan albertoutspoken itu, seorang individu rendah dilihat mengenakan kostum Chucky dan mengganggu penumpang lain.



Bukan sahaja kostum dipakainya itu nampak cukup 'real', malah aksinya mendekati penumpang juga membuat ramai ketakutan dan cuba melarikan diri darinya.

Individu berkostum Chucky itu juga memegang kaki seorang penumpang wanita dan enggan melepaskannya sebelum mengejar wanita berkenaan apabila dia menjauhkan diri, sementara penumpang lain cuba merakam adegan luar biasa itu.

Kedengaran wanita terbabit marah0marah sambil memaki hamun kerana berang dengan tindakan individu berkenaan.

New York Post kemudian melaporkan, pelawak dan influencer Miguel yang memakai kostum Chucky itu mengesahkan kepada Daily Dot bahawa insiden berkenaan sebenarnya satu eksperimen sosial.



"Seperti dijangka, tiada siapa membantu. Sebaliknya, mereka memilih untuk merekod kejadian.

"Kami memilih Sara (mangsa) untuk tidak memakai topeng kerana mahu melihat sama ada ia akan mendorong orang ramai untuk membantunya dalam situasi sedemikian," katanya memperoleh reaksi serupa apabila melakukan prank itu di lokasi lain.

Watak patung pembunuh Chucky dari filem Child’s Play adalah salah satu watak seram pertama yang menakutkan kita semasa kecil. Patung kanak-kanak itu dirasuk roh pembunuh bersiri yang kemudiannya cuba untuk merasuki manusia untuk mendapatkan tubuh baru.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 29-1-2021 11:45 AM
Memang patut lah kena serang.. Mask pon tak pakai. Tp ada je lelaki tu tolong sikit, okay lah tu
Quote salmon-suki 29-1-2021 02:04 PM
Ai xsuka manusia y buat "experiment social" nih tp bukan utk actual research..ko sapa nak sesuka hati bt gitu?dgn melanggar etika research ye, first n foremost, kena ada consent drpd org tu..kalau xde consent,org boleh bt report kasi tangkap..

N lg satu,y bt experiment ni lebih kpd muka gatal2 n content utk socmed..hanat jah mereka nih!
Quote Churchill 29-1-2021 02:15 PM
ummah new york patut belajar untuk berhenti mencarut

Quote damsel_fiji 29-1-2021 02:20 PM
tak suka betul sial2 yg suka buat sosial experiment nih..semak yihhhh
Quote annehuda 29-1-2021 02:59 PM
dah kene kecam terus ngaku buat social experiment.
Quote exclusive_vvip 29-1-2021 03:04 PM
salmon-suki replied at 29-1-2021 02:04 PM
Ai xsuka manusia y buat "experiment social" nih tp bukan utk actual research..ko sapa nak sesuka hat ...


kannnn..menyampah btol dgn org2 suka buat prank @ social experiment tu...teringat program tv Akhil Hayy dulu..dia buat social experiment psl org minta sedekah..org tu gi minta sedekah kat sorang lelaki tgh makan kat gerai ke restoran tah..lelaki tu xnak bagi sedekah..pastu akhill hayy gi interview lelaki tu kenapa xnak bagi sedekah...omggggg..meluat nyer la..
Quote Ain_h 29-1-2021 06:50 PM
Chuck ni perompak ke senanya
Quote depresio 29-1-2021 07:12 PM
Bongokla time covid ni sibuk eksperimen

Dah xde content sgt ke
Kalu aku kena mmg chucky tu mampos aku terajang
Quote Supersirap 29-1-2021 09:36 PM
Tiada penyakit cari penyakit
Quote merrissa 30-1-2021 03:42 PM
chuck tak takut ke...awek tu ad covid...dah la deme xpakai mask

ni boleh kene dakwa sebab serangan seksual juga ni
Quote Decaffeinated 30-1-2021 03:54 PM
Churchill replied at 29-1-2021 02:15 PM
ummah new york patut belajar untuk berhenti mencarut

"What de fcuk is wrong with you?..."

Aku suka ja dengar

Ada ja versi jepun atau perancis kita ja tak faham...
Quote cmf_premierleag 30-1-2021 03:55 PM
salmon-suki replied at 29-1-2021 02:04 PM
Ai xsuka manusia y buat "experiment social" nih tp bukan utk actual research..ko sapa nak sesuka hat ...

khueen
kat astro ria babi dulu ada rcgn suka prank org dgn alasan SOCIAL EXPERIMENT
as usual, lebih kpd nk memalukan org lain je
kalo jd kat aku and family aku, aku proceed saman malu kt stsn tv dan penerbit terusss
Quote Punat_button 30-1-2021 03:57 PM
TT ni tak tengok video ka buta?

Quote cmf_premierleag 30-1-2021 03:57 PM
depresio replied at 29-1-2021 07:12 PM
Bongokla time covid ni sibuk eksperimen

Dah xde content sgt ke

khueeen..kalo kita,kita terus kasi penerajang jah..lps tu terus hentak tengkuk dia
takde nk acah2 jerit help help bagai
dah buas sgt tu selayaknya kene pelangkung
Quote Churchill 30-1-2021 04:34 PM
Decaffeinated replied at 30-1-2021 03:54 PM
"What de fcuk is wrong with you?..."

Aku suka ja dengar

saudara decaffeinated patut mendengar benda-benda yang elok
tak elok suka dengar bahasa-bahasa kasar mencarut yang menghitamkan hati


Quote Churchill 30-1-2021 04:35 PM
cmf_premierleag replied at 30-1-2021 03:55 PM
khueen
kat astro ria babi dulu ada rcgn suka prank org dgn alasan SOCIAL EXPERIMENT
as usual, le ...

astro ria babi itu nombor channel dia berapa?


Quote dudaberhias 30-1-2021 04:38 PM
kalau iols ada pistol dah tembak dah dik nak2 sana hari2 kes tembak menembak... samada mati tak mati je
Quote depresio 30-1-2021 05:21 PM
cmf_premierleag replied at 30-1-2021 03:57 PM
khueeen..kalo kita,kita terus kasi penerajang jah..lps tu terus hentak tengkuk dia
takde nk acah2 ...

Hahaha kan??
smack down terus


Quote Artemesiaa 30-1-2021 05:38 PM
Banyak je cara lain nak tegur dari guna cara ni lagi semak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.179528 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top