Tidak dinafikan di pasar-pasar basah terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual kepada orang ramai. Harga-harga ikan ini, berbeza mengikut jenis ikan itu sendiri. Malahan, terdapat harga ikan yang boleh mencecah ribuan ringgit. Walaupun, harganya yang mahal ikan ‘istimewa’ ini masih mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni! Menerusi gambar tersebut, ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga RM500 per kilogram. Mengikut kiraan, jika ikan itu ditimbang beratnya boleh mencecah 11 kilogram dan menjadikan harganya adalah RM5,700. Fuhh memang mahal betul ni! Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia. Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis. Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini. Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya. Sumber: OhBulan |
Tinot7 replied at 1-2-2021 03:13 PM
masuk perut, semua sama shj...
mkn je la apa2 ikan. janji kenyang.
Manjahati replied at 1-2-2021 03:17 PM
Ikan harga kayangan...klu mkn terasa diawang awangan tak?
Nana_Man replied at 1-2-2021 03:26 PM
Iphone tu bole guna untk beberapa tahun. Ikan ni.. masuk kt perut nari, bsk pagi dah masuk jamban. ...
Tinot7 replied at 1-2-2021 03:44 PM
itu lepas dicerna... bayangkan yg esen2 sihat dia mcm protein sumer tu jadi darah daging.. maka ad ...
Tinot7 replied at 1-2-2021 03:13 PM
masuk perut, semua sama shj...
mkn je la apa2 ikan. janji kenyang.
eyansss replied at 1-2-2021 06:48 PM
orang berduit ni tak pentingkan kenyang je... dia pentingkan rasa jugak... kita rakyat marhaein ...
eyansss replied at 1-2-2021 06:48 PM
orang berduit ni tak pentingkan kenyang je... dia pentingkan rasa jugak... kita rakyat marhaein ...
Tinot7 replied at 1-2-2021 07:25 PM
tak tau la apa depa buat dgn ikan tu.. masak mcm dlm michelin star restaurant ke?makanan ongkaya n ...
Yunbin replied at 1-2-2021 07:26 PM
Yela kalau jenis kaya duit berkepuk, rumah kereta semua konpem tak payah bayar bulan macam kita..d ...
mamajawie replied at 1-2-2021 04:40 PM
spe yang dpat duit isinar hari tu bleh la makan ikan ni..bagi aku membazir namati..wagyu pun satu pe ...
eyansss replied at 1-2-2021 07:35 PM
teringin makan wagyu tapi tengok rega tu macammmmm... haish... kalau beli, kena kokak tulang sek ...
ADVERTISEMENT