Video muzik seorang penyanyi yang menampilkan lenggok tarian mengghairahkan akhirnya mengundang teguran daripada seorang pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma' Harun. Asma' menerusi Facebook melahirkan rasa terkejut apabila menonton video klip lagu berkenaan kerana secara terang memperlihatkan aksi dianggap lucah dan memalukan.
"Saya mendapat satu pertanyaan tentang seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di laman rasmi dia. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya. "Sungguh saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak video klip seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya... belum pernah saya melihat video klip yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini. "Ini satu musibah ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin parah, kalian menghasilkan video klip yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!" katanya.
Biarpun tidak menyebut nama mana-mana penyanyi namun menerusi paparan skrin menampakkan hashtag tulisan lagu Parah Parah nyanyian Ayda Jebat yang pernah menjadi trending di YouTube. Malah, rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut juga mendakwa status teguran Asma' itu dipercayai ditujukan kepada Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat. Dalam pada itu, Asma' juga meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap penyanyi tersebut yang seakan-akan berasa bangga melakukan maksiat secara terbuka serta menjatuhkan maruah wanita Islam. "Kalian bangga menjadi top 10 YouTube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah wanita Islam, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu? "Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan Islam atau tidak. Saya juga tak pasti sama ada penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat," ujarnya. Sementara itu, Asma' memberi nasihat terbuka kepada penggiat seni tidak kira pelakon, penyanyi, pelawak atau pengacara supaya membawa imej yang baik serta bermaruah. Malah, Asma turut memohon maaf kerana memberi teguran secara terbuka dan berharap agar Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia atau Seniman memainkan peranan dalam isu sebegini. "Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, dosa masih berjalan. "Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai syurgaNya," katanya. Sumber: mStar |
sweetchic82 replied at 1-2-2021 11:08 PM
Patut di ban... bad influence for younger generations
EvieWanKenobi replied at 1-2-2021 10:44 PM
semoga Allah selamatkan umat2Nya dari ditimpa musibah..
Aamiinnn..
dua_chzy replied at 1-2-2021 10:48 PM
Akak gi tengok Youtube tadi. Dah diedit ke ditukar ke videonya? Apsal tak nampak daring sangat dah m ...
dua_chzy replied at 1-2-2021 10:48 PM
Akak gi tengok Youtube tadi. Dah diedit ke ditukar ke videonya? Apsal tak nampak daring sangat dah m ...
ajinomotonosuga replied at 1-2-2021 11:16 PM
Tak ske bleh tenguk lain wak
Laut luas wak..bleh berenang!
Tinot7 replied at 1-2-2021 11:26 PM
iols tak tgk masa awal2 tu..
ADVERTISEMENT